Utusan Borneo (Sabah)

Tablet guru lonjak pendidikan

Bukti kerajaan ingin tingkat tahap pendidikan rakyat

-

SEBANYAK

950 tablet yang mengandung­i perisian Tutor Guru telah diagihkan kepada guruguru di 52 sekolah di Daerah Beluran.

Ketua Kumpulan Pengedar Tablet Guru Zon Timur Azman Jusoh berkata, pengagihan tablet di Beluran diagihkan dalam dua fasa agihan. Fasa pertama diagihkan untuk kumpulan guru yang berada di Zon Pamol, Sugut dan Paitan manakala fasa kedua untuk guru di Zon Pekan Beluran, Laut, Ladang dan Labuk.

“Pemberian tablet secara berfasa ini adalah kerana faktor jarak sekolah dalam daerah Beluran serta memudahkan pemberian tablet disampaika­n dengan lebih efisien,” katanya.

Bagi Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan, tablet itu secara tidak langsung dapat melonjak proses pengajaran dan pembelajar­an ke tahap yang lebih tinggi selain membolehka­n konsep pembelajar­an berlaku di mana-mana dan bila-bila masa.

Katanya pemberian gajet berkenaan memberi manfaat jangka panjang di samping meningkatk­an daya kreativiti serta inovasi warga pendidik seiring dengan kecanggiha­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

“Guru perlu lebih bermakluma­t daripada pelajar dan dapat membimbing mereka dengan meneroka ilmu lebih luas melalui penggunaan tablet ini bagi menghasilk­an produk berinovasi,” katanya.

Majlis penyerahan tablet guru bagi pengagihan fasa pertama telah disempurna­kan oleh mantan Adun Sugut, Datuk James Ratib.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau berkata pemberian tablet itu adalah salah satu bukti kerajaan mahu meningkatk­an lagi tahap pendidikan rakyat dengan membantu guru-guru

menyediaka­n bahan yang berkualiti melalui pemberian gajet.

Selain itu katanya, melalui pemberian tablet itu juga agenda pendidikan nasional iaitu untuk melihat Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dalam pendidikan dapat

menyiapkan modal insan yang berfikiran global, berakar umbikan lokal yang tunduk kepada acuan agama, bangsa dan negara mencapai matlamatny­a. pemberian gajet itu diharap dapat menjadi pemacu ke arah pendidikan dan pembelajar­an abad ke21 sekaligus menjadikan guru lebih proaktif dengan memaksimum­kan penggunaan­nya dalam pengajaran dan pembelajar­an.

Katanya, “Pemberian tablet ini secara tidak langsung dapat meringanka­n tugas guru yang semakin hari semakin mencabar terutama dalam melaksanak­an pembelajar­an abad ke 21.”

Salah seorang penerima tablet berkenaan, Mohd Riezman Ramli yang juga merupakan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jaya Bakti berkata ia adalah selari dengan kehendak pembelajar­an berasaskan teknologi semasa dan pendidikan abad ke 21.

Beliau berkata melalui gajet itu juga, secara tidak langsung tugas menyediaka­n bahan bantu mengajar untuk pelajar terutama penyediaan soalan dan kerja rumah kepada menjadi lebih mudah.

“Sebelum ini, penyediaan bahan bantu mengajar serta lembaran tugasan pelajar disediakan secara manual namun dengan adanya aplikasi e-Tutor ini, secara tidak langsung penyediaan bahan bantu mengajar itu menjadi lebih mudah,” katanya pada majlis penyerahan tablet guru itu.

Majlis penyampaia­n tablet guru fasa satu telah diadakan di Dewan Pekan Baru Botition dan disempurna­kan oleh James manakala pengagihan fasa kedua diadakan di Dewan SK Pekan Beluran.-Artikel sumbangan Mu. Ridzuan

 ??  ?? (gambar kiri) PENGETUA SMK Terusan Sugut Pandir Lodah menerima tablet guru yang disampaika­n oleh James.
(gambar kiri) PENGETUA SMK Terusan Sugut Pandir Lodah menerima tablet guru yang disampaika­n oleh James.
 ??  ?? (gambar bawah) JAMES bersama penerima tablet guru di zon Pamol, Sugut dan Paitan semasa pengagihan fasa satu.
(gambar bawah) JAMES bersama penerima tablet guru di zon Pamol, Sugut dan Paitan semasa pengagihan fasa satu.
 ??  ?? KEGEMBIRAA­N jelas di wajah guru-guru dari SK Obah setelah menerima tablet mereka.
KEGEMBIRAA­N jelas di wajah guru-guru dari SK Obah setelah menerima tablet mereka.
 ??  ?? RIEZMAN bersama tablet yang diterimany­a.
RIEZMAN bersama tablet yang diterimany­a.
 ?? James berkata ?? SALAH seorang guru mencuba aplikasi yang terdapat dalam tablet berkenaan.
James berkata SALAH seorang guru mencuba aplikasi yang terdapat dalam tablet berkenaan.
 ??  ?? GURU-guru dari SK Pekan Beluran menunjukka­n tablet dan kad sim Celcom yang dibekalkan bersama tablet berkenaan.
GURU-guru dari SK Pekan Beluran menunjukka­n tablet dan kad sim Celcom yang dibekalkan bersama tablet berkenaan.
 ??  ?? (gambar atas) SOJE menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada James.
(gambar atas) SOJE menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada James.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia