Utusan Borneo (Sabah)

PIBG SMK Lohan turun padang di Kg Napong 1

-

PERSATUAN Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lohan telah menjayakan program ‘Turun Padang, Masuk Kampung’ bagi memberi informasi mengenai kepentinga­n pendidikan kepada penduduk Kg Napong 1, Ranau.

Program julung kali itu merupakan cetusan idea Pengetua Haji Saridih Ahmad dan Yang Dipertua PIBG Aliyu Zinin. Ia disertai seramai tujuh guru dan beberapa ahli jawatankua­sa PIBG.

Ketibaan rombongan pada jam 4 petang di Dewan Mini Kg Napong 1 telah disambut mesra oleh lebih 30 penduduk diketuai Pengerusi PIBG SK Napong Rapilin Paiman bersama Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Napong Samin Sabati.

Antara acara yang diadakan ialah ceramah dan sesi dialog berhubung kepentinga­n pendidikan kepada anak-anak yang disampaika­n Saridih dan Aliyu.

Saridih dalam ceramahnya menyeru golongan ibu bapa supaya memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk mencemerla­ngkan pendidikan anak-anak memandangk­an pendidikan atau pelajaran merupakan aset paling penting untuk menjamin kehidupan masa depan anak-anak.

“Program masuk kampung ini merupakan inisiatif guru-guru yang berganding bahu dengan PIBG untuk mengenalpa­sti kekangan anak-anak dalam pelajaran seterusnya mencari jalan atau kaedah penyelesai­an terbaik,” jelasnya.

Aliyu dalam ucapan ringkasnya memuji inisiatif pihak pentadbira­n SMK Lohan yang diterajui Saridih yang juga pengetua baharu sekolah berkenaan dalam usaha mencari program murni demi faedah anak-anak mencapai kecemerlan­gan pembelajar­an.

“Usaha murni seperti ini hendaklah diberikan sokongan oleh ibu bapa bagi membantu anak-anak mencapai kejayaan di masa depan mereka,” katanya.

Samin dalam ucapannya pula berterima kasih atas kehadiran guru-guru dan PIBG SMK Lohan kerana memilih Kg Napong 1 sebagai antara destinasi program tahun ini.

“Program positif seumpama ini harus diteruskan untuk memberi kesedaran kepada warga kampung mengenai kepentinga­n pelajaran,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK Kg Napong 1 merakam gambar kenangan bersama Saridi (duduk, tengah) dan Aliyu (duduk, tiga kanan) dan Samin (duduk, tiga kiri).
PENDUDUK Kg Napong 1 merakam gambar kenangan bersama Saridi (duduk, tengah) dan Aliyu (duduk, tiga kanan) dan Samin (duduk, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia