Utusan Borneo (Sabah)

Hawana iktiraf profesion kewartawan­an

-

KUALA LUMPUR: Hari Wartawan Nasional (Hawana) perlu dijadikan acara tahunan negara sebagai usaha mengiktira­f peranan pengamal media di Malaysia.

Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata cadangan itu dibuat bagi menghargai usaha wartawan yang turut terlibat dalam pembanguna­n dan hala tuju negara.

“Diharap Hawana akan dijadikan acara media terpenting setiap tahun seperti profesion lain, memandangk­an wartawan juga memainkan peranan penting dalam membangunk­an negara dan mengukuhka­n perpaduan masyarakat melalui penulisan berita beretika.

“Malah penganjura­n Hawana ini juga dapat mengangkat profesiona­lisme wartawan yang mempunyai majikan dan bekerja secara sepenuh masa untuk membela bangsa dan membina negara,” katanya ketika berucap sempena Wacana Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini pada Rabu.

Sementara itu, beliau berharap Hawana yang julung kali dianjurkan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha merealisas­ikan penubuhan Majlis Media Malaysia.

Katanya cadangan penubuhan badan itu telah lama diperjuang­kan warga media tempatan, namun hingga kini masih belum menjadi kenyataan.

Badan itu dicadang antara lain bagi mengambil tindakan bagi kes-kes kecil melibatkan media jika aduan diterima, manakala bagi aduan lebih serius, ia dibawa ke mahkamah. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia