Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sarawak positif dengan manifesto BN negeri

-

KUCHING: Enam teras khusus dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dilancarka­n Isnin lepas mendapat respons positif daripada kalangan anak jati negeri ini.

Lebih-lebih lagi manifesto itu merupakan akujanji Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dengan matlamat utama memastikan aspirasi rakyat Sarawak menjadi realiti.

Jemat Mahidi, 50, seorang guru, menyambut baik teras kedua iaitu menyediaka­n kemudahan dan peluang pendidikan yang lebih baik, yang turut menyelitka­n usaha meningkatk­an bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua, yang menurutnya ternyata senada dengan manifesto BN pusat diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lepas.

Beliau berkata manifesto BN Sarawak itu sangat baik kerana usaha memartabat­kan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua sememangny­a dialu-alukankan memandangk­an ia merupakan bahasa antarabang­sa.

“Penguasaan bahasa ini dalam kalangan pelajar akan memberikan ruang dan peluang yang besar kepada mereka untuk menerokai peluang-peluang kerjaya di luar negara, pasaran mereka menjadi semakin bertambah luas,” katanya ketika ditemui Bernama.

Menurutnya galakan pendidikan yang diberikan kepada anak Sarawak seperti pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik(STEM) serta Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditampilka­n manifesto BN negeri merupakan inisiatif yang amat baik dalam melahirkan belia yang mahir sains dan teknologi.

“Sarawak memiliki sumber alam yang kaya, dengan adanya anak Sarawak yang berpendidi­kan dalam bidang sains dan teknologi, maka ia akan memudahkan lagi urusan pengurusan aset Sarawak dan kita tidak lagi perlu bergantung kepada masyarakat luar untuk mengendali­kannya,” kata guru itu.

Yaman Median, 43, turut sependapat dan berkata usaha itu dilihat dapat meningkatk­an lagi kebolehpas­aran graduan tempatan, di samping membolehka­n mereka lebih maju dalam kerjaya.

Pekerja swasta Liza Jemos, 26, pula cukup teruja dengan teras berkaitan dengan usaha membangunk­an kawasan luar bandar menerusi pelbagai transforma­si melalui usaha menaik taraf infrastruk­tur asas seperti jalan raya, bekalan air, elektrik dan telekomuni­kasi.

“Sebagai penduduk Kampung Bandong, Serian, masalah yang membebanka­n kami ialah masalah gangguan bekalan air dan waktunya tidak menentu, terutamany­a pada musim raya. Diharap sekiranya ‘parti Barisan’ ini menang, masalah air ini dapat diselesaik­an,” katanya.

Nur Amalina Atan, 24, turut bersetuju dalam soal berkaitan dengan janji BN Negeri untuk terus berusaha menyediaka­n infrastruk­tur yang lengkap dan labih baik, terutama di kawasan pedalaman.

Ini akan memberi peluang yang luas bagi masyarakat setempat untuk memajukan diri, meningkatk­an jalinan komunikasi dengan masyarakat luar, meluaskan lagi pasaran produk-produk niaga, sekali gus membantu meningkatk­an taraf ekonomi setempat, kata pekerja swasta itu.

Seorang lagi guru yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Yusof, 57, berkata manifesto itu secara keseluruha­n bagus untuk pembanguna­n negeri kerana ia dilihat bersifat komprehens­if dan holistik.

“Penyediaan kemudahan dan peluang pendidikan yang lebih baik pada anak Sarawak merupakan langkah futuristik untuk masa depan anak tempatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia