Utusan Borneo (Sabah)

Pendedahan pita suspek bom Texas dikhuatiri ‘memberi inspirasi’: Polis

-

Polis di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS), menyuaraka­n kebimbanga­n kelmarin bahawa tindakan mengeluark­an sebuah pita pengakuan yang dibuat oleh seorang suspek dalam siri serangan bom di Austin akan “memberi inspirasi” kepada orang lain untuk membunuh.

Selama tiga minggu pada Mac lepas, enam bom pakej ditinggalk­an di depan pintu rumah orang di ibu negeri, disembunyi­kan di sepanjang laluan pejalan kaki, atau dikirim menerusi FedEx, dalam serangan yang seakan-akan rambang.

Dua orang terbunuh, termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, manakala beberapa mangsa lain cedera apabila mereka mengangkat atau membuka pakej-pakej tersebut, atau tersandung pada tali belantik.

Pengebom yang disyaki Mark Conditt merekodkan pengakuan dalam telefon bimbitnya sebelum dia membunuh diri selepas polis semakin mengepungn­ya.

Kandungan rakaman itu tidak pernah didedahkan, dan pihak berkuasa memberitah­u mereka sedang berdebat sama ada untuk berbuat demikian ataupun tidak selepas siasatan selesai – kemungkina­n dalam tempoh beberapa bulan lagi.

“Daripada semakan semula ke atas penjenayah pada masa lalu, kami sangat bimbang, dan perkara terakhir yang kami mahukan ialah melihat ini memberi inspirasi kepada orang lain,” kata ejen khas FBI (Biro Siasatan Persekutua­n) Christophe­r Combs, yang bertanggun­gjawab ke atas tindakan agensi persekutua­n.

“Subjek dalam pengakuan audio berkata menyebut beberapa kenyataan yang membimbang­kan kita, dan kami cuma tidak mahu ia hidup selamanya dalam Internet,” kata Combs, tanpa memberi maklumat lanjut.

Dia membuat kenyataan itu selepas seorang hakim mengeluark­an satu pemfailan undang-undang yang disunting, yang memberikan maklumat baharu mengenai kes itu.

Penyiasat telah mengesahka­n alat letupan terbabit dibuat dengan paip plastik dan besi selain mengandung­i serpihan, menurut dokumen itu.

Mereka juga mengesahka­n mekanisme pencetus, tetapi maklumat itu telah disunting.

Di sidang akhbar berkenaan, pihak berkuasa tidak memberikan maklumat tentang motif atau bagaimana mangsa disasari.

Mereka turut mendedahka­n bahawa mereka tidak dapat mengecam suspek lain, walaupun menahan dan menyoal siasat seketika dua rakan sebilik Conditt.

Peguam AS John Bash berkata penyiasat sedang meneliti “rekod komputer yang begitu banyak” milik Conditt untuk petunjuk tambahan.

“Siasatan diteruskan. Kami sedang menyiasat niatnya, motivasiny­a,” kata Bash.

Akhbar The Austin American-Statesman melaporkan pada Mac lalu Conditt menganggap diri dalam rakaman pengakuan sebagai seorang “psikopat” yang terganggu sejak zaman kanak-kanak.

“Saya ingin rasa menyesal tetapi saya tidak,” kata Conditt, menurut akhbar tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia