Utusan Borneo (Sabah)

FBI serbu pejabat peguam peribadi Trump

Rampas fail ada kaitan dengan kerja Cohen, termasuk bayaran kepada aktres filem lucah

-

WASHINGTON: Donald Trump dengan berang mengecam siasatan yang diketuai peguam khas Robert Mueller sebagai “memalukan” dan satu “pemburuan sihir” pada Isnin selepas ejen FBI (Biro Siasatan Persekutua­n) menyerbu pejabat peguam peribadi presiden itu sejak sekian lama, Michael Cohen.

Ejen merampas fail yang ada kaitan dengan kerja Cohen, termasuk membuat pembayaran sebanyak A$130,000 (RM494,000) sebelum pilihan raya 2016 kepada seorang aktres filem lucah yang menyatakan dia pernah menjalin hubungan sulit dengan Trump sedekad lalu.

Peguam Cohen sendiri Stephen Ryan berkata ejen bekerja sebahagian­nya atas permintaan Mueller, pendakwa raya bebas yang me-nyiasat hubungan antara Rusia dengan kempen Trump.

Di Rumah Putih, Trump dengan marah mengecam serbuan ke atas “lelaki baik” Cohen.

“Ia adalah situasi memalukan. Ia adalah pemburuan sihir sepenuhnya, saya sudah menyatakan­nya sejak sekian lama,” katanya kepada pemberita.

“Ia adalah serangan ke atas negara kita dan erti kata sebenar. Ia adalah serangan ke atas apa yang semua kita pertahanka­n.”

Serbuan itu dibuat ketika siasatan Mueller meningkatk­an lagi fokus kepada lingkungan dalaman Trump.

Pasukan Mueller sedang menyiasat pakatan sulit yang mungkin wujud antara kempen Trump dengan Moscow, selain dakwaan tentang kelakuan korup oleh orang kanan kempen Trump dan usaha Rumah Putih untuk menghalang siasatan.

Setakat ini 19 orang sudah didakwa, termasuk pengerusi kempen Trump dan bekas pe- nasihat keselamata­n negara.

Trump menuduh Mueller mengetuai siasatan yang berat sebelah dan dianggotai kakitangan Demokrat, “satu pemburuan sihir semata-mata”.

Namun Demokrat tertinggi dalam Jawatankua­sa perisikan Dewan, Adam Schiff, berkata ia adalah seorang pendakwa lantikan Trump yang meminta waran geledah, yang seterusnya diluluskan oleh seorang hakim.

“Itu bukan pemburuan sihir. Itu adalah kedaulatan undang-undang,” tweet Schiff.

“Sementara Trump menimbang untuk memecat Mueller, semua ahli mesti bersuara – jika tidak mereka mesti berhenti berpura-pura menyayangi Perlembaga­an.”

Peguam khas itu juga sedang menyiasat pembayaran sebanyak AS$150,000 (RM570,000) yang dibuat oleh usahawan keluli bilionair dari Ukraine, Victor Pinchuk, sewaktu kempen pilihan raya presiden AS kepada yayasan Trump agar pemaju hartanah Amerika itu me-nyampaikan ucapan selama 20 minit menerusi pautan video, menurut akhbar The New York Times.

Selepas menyerahka­n apa yang dia sebut sebagai sejuta muka surat dokumen, Trump berkata siasatan itu “kini semakin tidak masuk akal. Mereka tidak menjumpai sebarang pakatan langsung dengan Rusia”.

“Ini adalah kumpulan manusia paling berat sebelah, orang ini mempunyai konflik kepentinga­n terbesar pernah saya lihat. Semua ahli Demokrat, atau hampir semua,” ujar presiden itu.

Ditanya sama ada dia mahu memecat Mueller ataupun tidak, Trump menjawab: “Ramai orang telah menyata-kan anda harus memecatnya. Sekali lagi mereka tidak me-nemukan apa-apa dan apabila mereka tidak menemukan apa-apa, itu adalah satu ke-nyataan besar,” katanya.

“Jadi kita akan lihat apa akan berlaku.”

Pendakwa raya veteran itu, seorang bekas pengarah FBI, mahu menyoal siasat Trump, tetapi tidak menyatakan presiden itu adalah sasaran dalam siasatan tersebut.

Bagaimanap­un serbuan ke atas Cohen mendekatka­n lagi siasatan kepada Pejabat Bujur. Cohen sudah menjadi tempat mengadu dan peguam peribadi Trump selama bertahun-tahun, yang membantuny­a dalam perkara-perkara hartanah dan peribadi, selain menasihati­nya secara rasmi sejak dia menjadi presiden.

Dia juga dikenali sebagai “penyelesai masalah” bagi Trump, yang mengabdi-kan diri untuk melindungi kepentinga­n bosnya.

Aktres filem lucah Stormy Daniels berkata pembayaran Cohen yang dibuat secara diam bertujuan untuk menutup mulutnya mengenai hubunganny­a dahulu dengan Trump.

Peguam yang mewakili penari bogel itu – nama sebenar Stephanie Clifford – berkata anak guamnya menghadapi “ugutan maut” berhubung kes itu.

“Keberanian dan ketabahan yang dipamerkan oleh anak guam saya @StormyDani­els dan keluargany­a sejak 6 minggu lepas adalah menakjubka­n,” tweet Michael Avenatti.

“Ia memerlukan orang istimewa untuk tahan menghadapi ugutan maut, kacau-bilau dan serangan peribadi, semua demi mencari kebenaran. #kesyukuran#keadilan.”

Akhbar The Washington Post melaporkan Cohen sedang disiasat bagi kemungkina­n melakukan penipuan bank dan kesalahan pembiayaan kempen.

Clifford merupakan antara beberapa orang wanita yang mendakwa diri menjalin hubungan sulit dengan Trump pada masa lalu dan ditekan atau dibayar untuk menutup mulut mereka mengenainy­a.

Pada bulan lepas, Clifford memberitah­u 21 juta penonton TV bahawa dia melakukan hubungan seks tanpa perlindung­an dengan Trump selepas mereka berkenalan di satu kejohanan golf selebriti di Lake Tahoe, California pada Julai 2006. Itu adalah sejurus selepas isteri Trump, Melania, melahirkan anak lelaki mereka.

Trump mengelak soalan mengenai hubungan tersebut, dan pada minggu lepas menafikan sebarang pengetahua­n mengenai bayaran yang dibuat oleh Cohen untuk mendapatka­n tanda tangan Clifford pada Oktober 2016 dalam satu perjanjian sulit untuk merahsiaka­n hubungan sulit itu.

Namun sejak itu, laporan media telah mendedahka­nnya, dan pada bulan lepas Clifford membuat tuntutan saman di mahkamah California untuk membatalka­n perjanjian tutup mulut itu.

Cohen menyaman balas, dan menuntut denda kira-kira sebanyak AS$20 juta (RM60 juta) kerana melanggar perjanjian untuk tidak mendedahka­n perkara tersebut.

Cohen telah menyatakan Organisasi Trump, kumpulan hartanah presiden mahupun kempen Trump tidak ada kena-mengena dalam transaksi dengan Daniels.

“Dia juga tidak membayar bayaran itu balik kepada saya, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung,” kata Cohen.

Peguam Cohen menuduh pendakwa raya merampas komunikasi istimewa di antara Cohenm dan anak guamnya dalam serbuan “yang sama sekali tidak wajar dan tidak perlu”. — AFP

“Ia adalah seorang pendakwa lantikan Trump yang meminta waran geledah, yang seterusnya diluluskan oleh seorang hakim. Itu bukan pemburuan sihir. Itu adalah kedaulatan undangunda­ng. ”

ADAM SCHIFF

Demokrat tertinggi dalam Jawatankua­sa perisikan Dewan

 ?? — Gambar AFP ?? PEJALAN kaki melintasi Hotel Loews Regency di New York kelmarin selepas FBI menyerbu pejabat dan bilik peguam peribadi Trump di hotel tersebut.
— Gambar AFP PEJALAN kaki melintasi Hotel Loews Regency di New York kelmarin selepas FBI menyerbu pejabat dan bilik peguam peribadi Trump di hotel tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia