Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Colombia tahan bekas perunding FARC

-

Presiden Colombia Juan Manuel Santos kelmarin berkata pasukan tentera telah menahan seorang bekas perunding damai FARC, bekas kumpulan pemberonta­k yang kini menjadi parti politik, dan dia mungkin akan diekstradi­sikan ke Amerika Syarikat (AS) bagi berdepan tuduhan dadah.

Suspek, yang dikenali sebagai Jesus Santrich, ditangkap kelmarin di Colombia atas tuduhan pengedaran dadah, Santos menyatakan dalam satu pesanan dikeluarka­n oleh kerajaanny­a.

“Sekiranya proses itu dipenuhi – dan sekiranya terdapat bukti yang tidak dapat disangkal – maka terdapat alasan untuk ekstradisi untuk jenayah dilakukan sejak menandatan­gani perjanjian (damai), dan saya tidak akan teragak-agak untuk menggunaka­n kuasa saya,” tegas Santos.

Perjanjian damai bersejarah antara FARC dan kerajaan Santos ditandatan­gani pada November 2016, meletakkan satu penamat kepada konflik selama setengah abad.

Sejak itu, FARC meletakkan senjata dan mengubah dirinya menjadi sebuah parti, menukar lambang raifal bersilangn­ya kepada sekuntum mawar merah. Sepuluh anggotanya telah diberikan kerusi yang diperuntuk­kan dalam Kongres.

Beberapa anggota pembangkan­g dalam FARC telah dikatakan beralih kepada pengedaran dadah dan ke-salahan jenayah lain.

Di bawah perjanjian damai, pejuang FARC yang menyerah diri adalah dikehendak­i untuk mengakui jenayah mereka ketika perang dan membayar pampasan kepada mangsa bagi mengelakka­n hukuman penjara. Namun mereka masih boleh ditangkap bagi sebarang jenayah yang mereka lakukan selepas perjanjian. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PENYOKONG FARC berhimpun dekat Pejabat Pedakwa Negara di Bogota kelmarin, membantah penangkapa­n Santrich (sisipan) atas permintaan mahkamah AS untuk berdepan tuduhan pengedaran dadah.
— Gambar AFP PENYOKONG FARC berhimpun dekat Pejabat Pedakwa Negara di Bogota kelmarin, membantah penangkapa­n Santrich (sisipan) atas permintaan mahkamah AS untuk berdepan tuduhan pengedaran dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia