Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Senegal hukum kerja berat pengganas Daesh

-

Mahkamah Dakar kelmarin menjatuhka­n hukuman terhadap seorang lelaki Perancis-Senegal kerja berat selama 15 tahun bagi “keganasan” dan memulakan perbicaraa­n terhadap 30 lagi yang berdepan dengan tuduhan serupa.

Pendakwa raya telah cuba mendapatka­n hukuman seumur hidup bagi Ibrahima Ly, 34, yang telah menyertai Daesh (IS) di Syria.

Telefon Ly mempunyai gambar dia memegang selaras senjata dan sebuah video di mana dia berusaha untuk menyuruh penduduk Islam untuk melakukan jihad.

Ly, yang berasal dari subbandar Trappes di barat Paris, menyatakan dia telah pergi ke Syria untuk mempelajar­i alQuran dan bukan untuk berjuang. Dia telah berada dalam tahanan di Senegal selama tiga tahun.

Mahkamah turut memulakan perbicaraa­n terhadap 30 orang, termasuk seorang imam, yang dituduh cuba membentuk sebuah “pangkalan IS” di selatan Senegal sebelum mengembang­kan ia di beberapa negara berhampira­n seperti Gambia, Guinea dan Guinea-Bissau.

Imam itu, Alioune Ndao dan tiga tertuduh wanita telah disyaki merancang serangan nekad menyasarka­n rakyat Perancis dan bangunan awam.

Bahan propaganda IS, senjata dan wang telah ditemui di beberapa rumah tertuduh, di mana kesemua mereka menafikan tuduhan.

Lebih 90 peratus penduduk Senegal beragama Islam, kebanyakan daripada fahaman Sufi. Sehingga sekarang negara itu terselamat dari serangan pejuang jihad tidak seperti negara Afrika barat yang lain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia