Utusan Borneo (Sabah)

Mengundi hari bekerja bukan perkara baharu: SPR

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyambut baik keputusan kerajaan mengisytih­arkan 9 Mei, iaitu hari mengundi bagi pilihan raya umum ke14 (PRU14), sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehka­n rakyat Malaysia menunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dalam satu kenyataan pada Khamis menegaskan pelaksanaa­n pilihan raya pada tarikh berkenaan, yang jatuh pada hari Rabu dan hari bekerja, bukanlah sesuatu yang baharu.

Menurutnya, rekod PRU sebelum ini menunjukka­n bahawa ia telah beberapa kali diadakan pada hari bekerja iaitu pada PRU1 (1959), PRU6 (1982), PRU9 (1995) dan PRU10 (1999).

“Maka dengan pengumuman cuti umum ini ia sewajarnya tidak dijadikan isu,” katanya.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRU14 ialah pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Mohd Hashim berkata pemakluman awal berkenaan tarikh PRU14 itu juga membolehka­n para pengundi mempunyai masa yang secukupnya untuk merancang perjalanan.

Sejajar dengan pengumuman cuti oleh kerajaan itu, Mohd Hashim mengingatk­an majikan yang masih meneruskan operasi pada hari mengundi, bahawa mereka dikehendak­i memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi yang bekerja untuk keluar mengundi.

Beliau memetik peruntukan Subseksyen 25 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“25 (1) Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi membenarka­n suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadany­a apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu”.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia