Utusan Borneo (Sabah)

Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah 13-15 April

-

LABUAN: Kelab Debat Bahasa Melayu Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (KDBMUMSKAL) akan mengadakan Pertanding­an Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah (DTEPP) 2018 Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) pada 1315 April ini.

Penganjura­n Pertanding­an DTEPP itu bertujuan menyahut Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha berterusan ke arah memperkemb­angkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarka­n kepercayaa­n dan kepatuhan kepada Tuhan.

Pertanding­an DTEPP ini akan dihangatka­n lagi dengan penampilan para pendebat daripada 21 pasukan yang mewakili universiti seluruh negara di pentas yang sama iaitu Debat British Style.

Sementara itu, pada 9 April lalu telah diadakan Majlis Perasmian Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah 2018 UMS Kampus Antarabang­sa Labuan yang telah disempurna­kan oleh Timbalan Pendaftar Kanan Zamri Haji Mohamad Tuah yang mewakili Pengarah UMSKAL Profesor Madya Dr Murnizam Haji Halik.

Turut menghadiri majlis itu ialah Penolong Pendaftar Sektor Hal Ehwal Pelajar Mohd Fazli Sarudi, Penyelaras Kelab Debat Bahasa Melayu UMSKAL Suzillah Sidek dan Pengarah Program Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah 2018 Nursyazwan­i Hassan.

Menurut Zamri dengan adanya Pertanding­an DTEPP itu, akan dapat melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berdaya saing serta mampu berfikir ke hadapan.

Majlis perasmian DTEPP itu diserikan lagi dengan gimik perasmian persembaha­n Debat Ala Parlimen daripada ahli KDBMUMSKAL.

Pusingan akhir Pertanding­an Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah 2018 UMSKAL akan berlangsun­g pada 15 April (Ahad) bermula jam 7 malam di Dewan Utama UMSKAL.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah bakal disempurna­kan oleh Murnizam.

Johan akan menerima RM1,000, piala pusingan dan sijil penyertaan, naib johan RM800, piala dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga RM500, piala dan sijil penyertaan.

 ??  ?? ZAMRI (enam kanan), Fazli (lima kanan), Suzillah (lima kiri) dan Nursyazwan­i (empat kiri) bersama ahli jawatankua­sa Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah UMSKAL 2018.
ZAMRI (enam kanan), Fazli (lima kanan), Suzillah (lima kiri) dan Nursyazwan­i (empat kiri) bersama ahli jawatankua­sa Debat Terbuka Ekonomi Piala Pengarah UMSKAL 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia