Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Rahman julang Piala Rosnah

140 pemain berentap di Kejohanan Golf P.175 Papar 2018

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Abdul Rahman Nasib mengunggul­i Kejohanan Golf P.175 Papar 2018 yang berlangsun­g di Sutera Harbour Golf and Country Club (SHGCC) pada Ahad.

Bagaimanap­un aksi sembilan atas par 81 pukulan memaksa beliau melalui Kiraan Semula (OCB) sebelum menewaskan pencabar terdekat, Idris Mohamad, untuk muncul selaku juara keseluruha­n seterusnya menjulang Piala Datuk Hajah Rosnah Haji Abd Rashid Shirlin.

Sekalipun tewas dalam perebutan gelaran utama, Idris tetap berpuas hati muncul selaku juara Gross Keseluruha­n menerusi aksi 81 pukulan menerusi kelebihan satu pukulan mengatasi naib johan Haji Zamri Moktar sambil tempat ketiga disandang oleh Ag. Mohd She Pg. Damit yang mencatat 84 pukulan.

Dalam kategori Nett, Mohd Azizul Rosun Khan muncul selaku juara Nett Keseluruha­n selepas mencatat nett satu bawah par 71 pukulan menerusi format pertanding­an ‘StrokePlay Sistem 36’ .

Azizul mengatasi dua pencabar terdekat menerusi kelebihan satu pukulan, di mana selepas OCB, naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing disandang oleh Azmi Awang Talip dan David Seow yang mencatat nett 72 pukulan.

Persaingan kategori Wanita pula dijuarai oleh pemain tidak asing lagi Hajah Rokiah Daud dengan catatan nett par golf untuk kelebihan selesa tujuh pukulan mengatasi naib johan Hajah Magda Dawood yang mencatat nett 79 pukulan sambil Zaibah Haji Matali dengan nett 84 pukulan muncul selaku pemenang tempat ketiga.

Aksi pemain-pemain Senior memperliha­tkan kehebatan Shamsuri Haji Mohamad muncul selaku juara selepas mencatat nett satu bawah par 71 pukulan untuk kelebihan satu pukulan mengatasi naib johan Awg Azli Yusof dan pemenang tempat ketiga Murtaza Haji Manap.

Kategori Super Senior pula menyaksika­n Amirsah Sabtu muncul selaku juara menerusi OCB mengatasi naib johan Haji Abd Rahman Parhang yang turut mencatat nett par golf sambil Joseph Roman dengan nett 73 pukulan menduduki tempat ketiga.

Percaturan pemainpema­in Kenamaan (VIP) menyaksika­n aksi sengit tiga pemain dengan catatan sama nett par golf, di mana selepas OCB, juara dan pemenang seterusnya masing-masing disandang oleh ACP Saiman Kasran, Datuk Dr. Haji Yusof Yaakob dan Datuk Jasri Matjakir.

Kategori terakhir untuk pemain Jemputan, menyaksika­n Abd Halikun Jun dengan catatan cemerlang nett tiga bawah par 69 pukulan muncul selaku juara mengatasi naib johan Sakka Nirdin menerusi kelebihan satu pukulan sambil Sudin Maji dengan nett 71 pukulan menduduki tempat ketiga.

Majlis penyampaia­n hadiah kejohanan yang disertai oleh 140 pemain itu telah disempurna­kan bersama oleh penaung kejohanan Datuk Rosnah, penasihat I kejohanan Datuk Juil Nuatim, penasihat II kejohanan Haji Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir dan pengerusi penganjur Daud Alan.

 ??  ??
 ??  ?? IDRIS (kanan) menerima hadiah juara Gross daripada Rosnah.
IDRIS (kanan) menerima hadiah juara Gross daripada Rosnah.
 ??  ?? SAIMAN (kanan) menerima hadiah juara VIP daripada
Juil.
SAIMAN (kanan) menerima hadiah juara VIP daripada Juil.
 ??  ?? TETAMU Kehormat Datuk Haji Gulam Haidar Khan Bahadar (depan tengah) bersama para pemain yang menyertai Kejohanan Golf P.175 Papar 2018 di SHGCC pada Ahad.
TETAMU Kehormat Datuk Haji Gulam Haidar Khan Bahadar (depan tengah) bersama para pemain yang menyertai Kejohanan Golf P.175 Papar 2018 di SHGCC pada Ahad.
 ??  ?? ROSNAH (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur Kejohanan Golf P.175 Papar 2018.
ROSNAH (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur Kejohanan Golf P.175 Papar 2018.
 ??  ?? ABD Rahman (dari kanan) menerima hadiah juara keseluruha­n daripada Rosnah sambil disaksikan oleh Daud.
ABD Rahman (dari kanan) menerima hadiah juara keseluruha­n daripada Rosnah sambil disaksikan oleh Daud.
 ??  ?? ROKIAH (kanan) menerima hadiah juara Wanita daripada Juil.
ROKIAH (kanan) menerima hadiah juara Wanita daripada Juil.
 ??  ?? HALIKUN (kanan) menerima hadiah juara Jemputan daripada Juil.
HALIKUN (kanan) menerima hadiah juara Jemputan daripada Juil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia