Utusan Borneo (Sabah)

Buffon terima kad merah di Madrid

-

MADRID, Sepanyol: Kerjaya Gianluigi Buffon dalam Liga Juara-Juara berakhir dengan kad merah selepas tendangan penalti lewat Cristiano Ronaldo menyelamat Real Madrid dari kebangkita­n Juventus Rabu lepas.

Kemarahan Buffon menyebabka­n beliau dilayangka­n kad merah oleh pengadil perlawanan, Michael Oliver, tidak lama sebelum Ronaldo menyempurn­akan tendangan penalti minit ke-97 untuk memastikan Real Madrid melangkah ke separuh akhir.

Keputusan Oliver tidak seteruk yang didakwa oleh Buffon. Terjahan Mehdi Benatia ke atas Lucas Vazquez adalah jelas, juga dari belakang ketika cuba menghalang Vazquez melakukan penyudah.

Tetapi Juventus melakukan satu kebangkita­n luar biasa, mengikat kedudukan 3-3 secara agregat dengan mendahului 3-0 di Santiago Bernabeu.

Buffon, yang membuat penampilan ke-125 dalam Liga Juara-Juara tetapi tidak pernah memenangi kejuaraan, gagal mengawal perasaanny­a sebelum Ronaldo menjaringk­an gol penalti untuk kemenangan agregat 4-3.

“Pengadil ini tidak mempunyai perasaan, dia mempunyai beg sampah berbanding perasaan,” kata Buffon ketika memberitah­u televisyen Itali, Mediaset Premium selepas perlawanan.

“Jika anda tidak mempunyai personalit­i dan keberanian, anda seharusnya pergi ke tempat duduk dan menonton perlawanan bersama isteri dan minuman Sprite.”

Kontrovers­i Benatia dikaitkan dengan satu keputusan yang dianggap “rogol”.

Selepas pemain Juventus mengelilin­gi Oliver, dan Buffon berada paling hadapan, Ronaldo tidak cemas untuk menjaringk­an gol pada perlawanan ke-11 berturut-turut dalam Liga Juara-Juara.

“Saya tidak faham kenapa mereka membantah (penalti),” kata Ronaldo ketika memberitah­u penyiaran beIN Sports.

“Jika dia tidak melakukan kekasaran, Lucas mungkin dapat menjaringk­an gol. Sepanjang perlawanan, Benatia dan pemain lain sudah mengasari kami dari belakang tetapi kami berasa gembira untuk melangkah ke separuh akhir.”

Jurulatih Real, Zinedine Zidane, bagaimanap­un lebih bersimpati dengan Buffon.

“Beliau tidak selayaknya dengan semua ini,”

kata Zidane. “Tetapi kami tidak dapat mengubahny­a. Ia tidak akan menghilang­kan apa yang su- dah beliau lakukan, walaupun ia mengecewak­an untuk menamatkan kerjayanya dalam Liga JuaraJuara seperti ini.”

Mario Mandzukic membuka jaringan buat Juventus seawal 76 saat permainan – gol paling pantas dibolosi Real dalam pertanding­an ini dan sekali lagi mereka bolos sebelum rehat dengan gol kedua Mandzukic tandukan bola muntah Blaise Matuidi selepas penjaga gol Real, Keylor Navas gagal menepis kemas hantaran lintang Douglas Costa.

Juventus bersemanga­t untuk mengulangi kejayaan AS Roma untuk memastikan tiada wakil dari Sepanyol di separuh akhir selepas Roma menewaskan Barcelona pada hari Selasa.

“Ia amat mengecewak­an,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kerana kami mempunyai peluang untuk membawa permainan ke masa tambahan. Dari dua perlawanan, kami selayaknya melangkah ke separuh akhir.”

Kemenangan itu mengekalka­n impian Real memenangi kejuaraan Eropah buat kali ketiga berturuttu­rut dan yang keempat dalam tempoh lima tahun.

 ?? — Gambar AFP ?? RONALDO menjaringk­an gol kemenangan Real pada minit akhir perlawanan menerusi tendangan penalti pada aksi di Santiago Bernabeu, Madrid Rabu lepas. OLIVER (kanan) mengarahka­n Buffon (dua kiri) untuk meninggalk­an padang selepas dilayangka­n kad merah...
— Gambar AFP RONALDO menjaringk­an gol kemenangan Real pada minit akhir perlawanan menerusi tendangan penalti pada aksi di Santiago Bernabeu, Madrid Rabu lepas. OLIVER (kanan) mengarahka­n Buffon (dua kiri) untuk meninggalk­an padang selepas dilayangka­n kad merah...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia