Utusan Borneo (Sabah)

Jangan kongsi kalau tak pasti, kata Bung

Ramai suka muat naik maklumat memastikan kesahihann­ya

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Guruguru diharap memainkan peranan memaklumka­n kepada masyarakat supaya menggunaka­n ‘#Jangan kongsi kalau tak pasti’ sebagai peringatan kepada pengguna media sosial masa kini.

Pengerusi Penyelaras BN Kinabatang­an Dato’ Sri Bung Moktar Radin berkata a payang dapat dilihat sekarang, ramai yang suka memuat naik dan berkongsi maklumat di media sosial tanpa mengesahka­n kesahihan maklumat itu terlebih dahulu.

“Malah, ada yang berani memuatnaik sesuka hati... cerita 20 tahun dahulu kalau boleh ditemui pun dimuat naik juga yang mana, dengan sengaja mahu memberi impak moral yang tidak baik kepada pemimpin dan sebagainya.

“Inilah antara lain permainan dunia tanpa sempadan, banyak yang bermain di dunia maya tetapi mereka tidak tahu pun apa yang mereka kongsi dan muat naik,” katanya.

Oleh sebab itu jelasnya, Dewan Rakyat baru-baru ini telah meluluskan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 bagi memberi peringatan bahawa sesiapa sahaja yang didapati menyebarka­n maklumat palsu boleh dikenakan hukuman penjara.

“Sesiapa yang kongsi, muat naik, menyiar, menyebar berita tidak tepat dan boleh membawa mudarat kepada mana-mana pihak, kerajaan, individu dan masyarakat maka boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Agihan Tablet hadiah kerajaan kepada guru, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) peringkat

“Malah, ada yang berani memuatnaik sesuka hati...cerita 20 tahun dahulu kalau boleh ditemui pun dimuat naik juga yang mana, dengan sengaja mahu memberi impak moral yang tidak baik ” kepada pemimpin dan sebagainya. DATO’ SRI BUNG MOKTAR RADIN Pengerusi Penyelaras BN Kinabatang­an

daerah Kinabatang­an di Dewan Datu Paduka Mat Salleh, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinabatang­an pada Rabu.

Terdahulu itu, Bung M ok tar berkata kerajaan amat komited ke arah membangunk­an bukan sahaja pelajar sekolah tetapi juga prihatin terhadap permasalah­an guru-guru.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini pun banyak menyentuh soal pendidikan dan “pada hari ini, guru-guru menerima tablet yang diberi percuma oleh kerajaan.”

“Kita tahu bahawa keperluan harian memang tidak begitu mencukupi... mungkin dengan ada tablet ini guru-guru bolehlah membuat tambah nilai dengan memasarkan apa sahaja melalui atas talian (online).

“Ini kerana, dunia perniagaan online pada hari ini memang bukan asing lagi di mana-mana sahaja, bahkan ada yang jadi jutawan.

“Pepatah Melayu ada mengatakan ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’... cuma kena rajin berusaha, yang penting kita rajin dan mahu mengubah untung nasib kita,” katanya.

Oleh itu katanya, dengan adanya masa terluang selepas masa mengajar, guru-guru boleh memanfaatk­an masa yang ada untuk berniaga secara atas talian.

Ia katanya, akan meningkatk­anlagipend­apatan selain daripada gaji yang diterima setiap bulan.

Bung Moktar berkata soal pendidikan di kawasan Kinabatang­an adalah menjadi agenda perjuangan­nya sejak dahulu lagi.

“Misi saya sejak dahulu lagi adalah untuk memperting­katkan ilmu di dada anak-anak bangsa saya. Walaupun Kinabatang­an ini merupakan kawasan yang banyak terpinggir di luar bandar, tetapi iltizam saya tidak ada yang mustahil kalau kita benar-benar komited dan berhasrat untuk memperting­katkan kualiti hidup masyarakat kita.

“Sebab itu, pendidikan di Kinabatang­an ini memang jadi agenda perjuangan saya. Bahkan, di Dewan Rakyat banyak kali juga saya melontar istilah kurang menyenangk­an tetapi pada saya lebih baik kerajaan dengar rintihan kita untuk membangunk­an anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata ia jelas di mana pada tahun 2017, kerajaan telah memperuntu­kkan RM1 bilion untuk menaik taraf sekolah-sekolah.

Ia kerana katanya, banyak lagi sekolah di luar bandar menghadapi kekurangan kemudahan dan perlu dinaik taraf. Semua itu sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan demi membangun anak-anak bangsa yang bakal memimpin negara di masa akan datang.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatang­an Suhaimi Othman dan warga pendidik.

 ??  ??
 ??  ?? BUNG Moktar bersama Suhaimi, Jafry dan warga pendidik.
BUNG Moktar bersama Suhaimi, Jafry dan warga pendidik.
 ??  ?? GURU-guru yang hadir bergambar bersama Bung Moktar.
GURU-guru yang hadir bergambar bersama Bung Moktar.
 ??  ?? BUNG Moktar menyampaik­an tablet kepada guru besar dan pengetua bagi mewakili guru-guru di Kinabatang­an.
BUNG Moktar menyampaik­an tablet kepada guru besar dan pengetua bagi mewakili guru-guru di Kinabatang­an.
 ??  ?? PARA guru besar dan pengetua bergambar bersama Bung Moktar selepas menerima tablet.
PARA guru besar dan pengetua bergambar bersama Bung Moktar selepas menerima tablet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia