Utusan Borneo (Sabah)

Lawatan Penanda Aras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara ke SMKA Kota Kinabalu

Lawatan Penanda Aras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara ke SMKA Kota Kinabalu

-

PANITIA Bahasa Arab SMK Mutiara Wilayah Persekutua­n Labuan telah menganjurk­an Program Lawatan Penanda Aras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara ke SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah.

Program yang julung kali diadakan itu adalah satu usaha sejajar dengan hasrat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20132025 yang menekankan aspek etika dan kerohanian serta memenuhi aspirasi pelajar.

Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Mutiara, Ustazah Siti Aminah Zakaria yang mencetuska­n idea program itu yang bermatlama­t untuk bertukar budaya ilmu dan menjalin ukhuwah sesama Islam, meneroka seni kebudayaan Islam di Sabah dan meningkatk­an keyakinan diri peserta serta mengamalka­n sikap cinta Bahasa al-Quran (Bahasa Arab).

Para peserta diharap dapat memanfaatk­an sepenuhnya bantuan yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada mereka dengan menjadikan program itu sebagai wadah untuk menaikkan jati diri sebagai seorang pelajar Kelas Aliran Agama.

Ketua Panitia Bahasa Arab merangkap Pengarah Program Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab berkata konsep lawatan sambil belajar merupakan salah satu kaedah pembelajar­an dan pengajaran yang sangat menarik dan lebih berkesan.

Kaedah itu jelasnya, mampu memberi gambaran, pendedahan dan pengalaman yang sangat berguna serta meninggalk­an kesan ingatan yang lebih jelas dan lama di dalam minda pelajar.

“Justeru, Panitia Bahasa Arab dengan kerjasama SMK Mutiara, Wilayah Persekutua­n Labuan telah bersepakat mengambil inisiatif ini untuk mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Sabah.

“Ia adalah sebagai langkah pertama bagi para pelajar di sekolah ini mendekati dan mengetahui bagaimana suasana pembelajar­an dan pengajaran Bahasa Arab yang menjadi amalan dalam kalangan pelajar Kelas Arab di samping menyuntik semangat serta minat mereka untuk mempelajar­i dengan lebih mendalam dan menguasai Bahasa AlQuran,” katanya.

Seramai 4 guru iaitu Ustaz Haji Zainal Abdul Wahab, Ustaz Haji Jailani Muda, Mohd Kamil Rejab dan Liza Hawa serta 30 pelajar dari Kelas Aliran Agama SMK Mutiara telah mengikuti program itu.

Mereka terdiri daripada 13 pelajar Kelas 5 Ibnu Sina, 11 pelajar Kelas 4 Ibnu Khaldun, seorang pelajar Kelas 3 al-Khawarizmi, dua pelajar Kelas 2 al-Farabi dan empat pelajar Kelas 1 al-Ghazali.

Zainal berkata program itu bermatlama­t membina sahsiah unggul pelajar seterusnya melahirkan generasi yang berilmu dan beramal soleh, menanam kecintaan dan keyakinan kepada Islam dalam diri peserta agar mereka meyakini bahawa Islam adalah agama yang benar serta terbaik untuk kebahagian dunia dan akhirat.

Para peserta dapat mencetuska­n semangat dan motivasi dalaman ke arah menimba ilmu pengetahua­n serta melahirkan pelajar bersahsiah unggul.

Penyelaras Kelas Aliran Agama SMK Mutiara Ustaz Haji Jailani Muda berpendapa­t program itu mampu membina benteng dalaman para peserta agar mempunyai nilai dan jati diri yang kukuh dan mampu menghadapi mehnah serta cabaran semasa,

“Selain itu, memahami bahawa kemenjadia­n diri adalah lahir daripada sahsiah dan kefahaman asas agama yang kukuh seterusnya mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik pada diri sendiri, kumpulan dan rakan sebaya serta berupaya memimpin,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah diatur bagi mencapai objektif yang telah dirancang. Antaranya ialah program Mahabbbah Fillah bersama Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) yang begitu aktif di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu.

Program yang diatur khas oleh pihak Permata dengan menampilka­n satu sesi Latihan Dalam Kumpulan bagi menerapkan sifat kebebasan berdikari dan membiasaka­n diri memberi idea dalam satu kumpulan kecil sebelum menjadi mahasiswa sebenar nanti.

Semua peserta dihiburkan dengan nasyid khas yang dipersemba­hkan oleh kumpulan Syababul Jinan di bawah seliaan Ustazah Rohani Mat Ali.

Pada hari kedua, peserta program telah melakukan Lawatan Penanda Aras ke SMKA Kota Kinabalu bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Pengetua SMKA Kota Kinabalu Datin Hasnah Mohd Yakob menyambut kedatangan rombongan pelawat dengan penuh kemesraan bersama pentadbir dan guru-guru sekolah berkenaan.

Rombongan dibawa ke Surau Ar-Rahman untuk mengikuti aktiviti pelaksanaa­n program khas Kementeria­n Pendidikan Malaysia iaitu Program Tahfiz Modul Ulul Albab (TIMUA).

Taklimat khas sekolah telah disampaika­n oleh pengetua sendiri dan diakhiri dengan taklimat Panitia Bahasa Arab, Panitia Pendidikan Al-Quran dan al-Sunnah serta Panitia Pendidikan Islam. Para peserta juga diberikan motivasi khas oleh guru kaunseling SMKA Kota Kinabalu.

Ustazah Rohani Mat Ali selaku guru pengiring program lawatan itu berkata ia adalah satu program yang amat baik dan perlu diteruskan pada masa akan datang.

Katanya, peserta dapat menggunaka­n pengalaman yang amat bertuah itu untuk merasai kehidupan sebenar di sekolah menengah agama, menjalinka­n hubungan silaturrah­im sesama Islam dan bertukar maklumat serta pandangan sesama pelajar kedua-dua sekolah.

Pada sebelah petangnya, peserta dibawa melawat Muzium Marin dan Muzium Perubatan UMS.

Pertanding­an boling antara kumpulan telah diadakan di bangunan 1Borneo pada sebelah malam yang dimenangi Kumpulan Khaled alWaled dengan jatuhan pin sebanyak 397.

Dua pelajar Kelas 5 Ibnu Sina, Mohd Fakhruddin Mohd Farihi dan Nuratiqah Jaidan masingmasi­ng terpilih sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan dalam program itu.

Mohd Fakhruddin yang terpilih menjadi penghulu program kali ini menyatakan rasa bertuah dan bersyukur kepada Allah kerana telah dipilih untuk menyertai program itu.

Ia banyak membantuny­a menimba ilmu dan pengalaman belajar di SMKA Kota Kinabalu, mendidik diri dekat dengan agama dan mengamalka­n kehidupan Islam dalam kehidupan seharian.

Dia merasakan lawatan ke RTM Sabah adalah satu pengalaman yang amat berguna kerana dapat membantu membuka minda pelajar mengenai keadaan sebenar di alam pekerjaan nanti.

Sementara itu, Zainal merakamkan terima kasih atas kerjasama dan kesungguha­n semua guru pendidikan Islam SMK Mutiara dan pihak pentadbir sekolah terutamany­a Pengetua SMK Mutiara Louren Abon, Penolong Kanan Pentadbira­n SMK Mutiara Ustazah Siti Aminah Zakaria dan PK HEM SMK Mutiara Hisyam Abdul Aziz, dalam menjayakan program kali ini.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusoff atas sokongan yang telah diberikan kepada rombongan SMK Mutiara. Begitu juga kepada pihak Pusat Pungutan Zakat WP Labuan serta semua organisasi yang terlibat menaja program ini.

“Semoga program yang dilaksanak­an ini akan menjadi satu pemangkin ke arah melahirkan pelajar sekolah ini yang mempunyai hala tuju jelas dalam pelaksanaa­n tugas mereka sebagai anak didik bangsa generasi muda, khususnya dalam penguasaan Bahasa Arab,” katanya yang juga imam Masjid Sirajul Islam, Kampung Tanjung Aru, Labuan.

Beliau yang juga guru cemerlang Bahasa Arab DG 44 SMK Mutiara berharap menerusi program yang sekecil itu akan dapat memberi semangat baharu kepada peserta untuk berjaya dalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

”Segala kerjasama dan silaturahi­m yang sedia terjalin dalam masyarakat dan peserta yang terlibat menjadi bertambah erat dalam usaha melahirkan generasi pemimpin muda yang mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan ummah dengan menghayati Islam sebagai satu cara hidup,” katanya.

 ??  ?? PELAJAR bergambar kenangan di Rumah Tamu UMS Kota Kinabalu, Taman Kingfisher.
PELAJAR bergambar kenangan di Rumah Tamu UMS Kota Kinabalu, Taman Kingfisher.
 ??  ?? PELAJAR dan guru SMK Mutiara bergambar bersama pengetua dan staf SMKA Kota Kinabalu.
PELAJAR dan guru SMK Mutiara bergambar bersama pengetua dan staf SMKA Kota Kinabalu.
 ??  ?? PELAJAR mengabadik­an kenangan di Muzium Perubatan UMS.
PELAJAR mengabadik­an kenangan di Muzium Perubatan UMS.
 ??  ?? ZAINAL menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil RTM Sabah, Eveline.
ZAINAL menyampaik­an cenderahat­i kepada wakil RTM Sabah, Eveline.
 ??  ?? KENANGAN swafoto sempena Hari RTM.
KENANGAN swafoto sempena Hari RTM.
 ??  ?? HASNAH (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU bersama Jailani sambil diperhatik­an oleh Zainal, Rohani serta Hawa Liza.
HASNAH (dua dari kiri) bertukar dokumen MoU bersama Jailani sambil diperhatik­an oleh Zainal, Rohani serta Hawa Liza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia