Utusan Borneo (Sabah)

Pengiktira­fan, penghargaa­n pelajar

Lebih 100 pelajar terima sijil, anugerah SMESH 2017

-

LEBIH 100 pelajar Sekolah Menengah Sains Sabah (SMESH) menerima sijil dan anugerah sempena Hari Graduasi dan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMESH 2017 yang telah diadakan di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Khamis. Majlis yang bertemakan

‘Transformi­ng Minds,

Sustaining Excellence’ itu dirasmikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Hadir sama Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, Pengetua Cemerlang Haji Zaini Zair, Pengerusi PIBG Dr Jakaria Dasan dan Presiden Alumni SMESH/SBP Sabah (CLASS) Datin Hjh Fauziah Abu Bakar Titingan.

Seramai 49 orang menerima anugerah Pelajar Cemerlang PT 2017. Tokoh Harapan Bestari bagi kategori itu ialah Muhammad Mirza Syamim Mohd Khuraini.

Sementara 69 orang memperoleh­i 4A ke atas telah menerima anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2017. Daripada jumlah itu, seramai 14 pelajar telah memperoleh­i 9A+ dalam peperiksaa­n SPM tahun lalu.

Mereka yang menerima Anugerah CLASS ialah Nurul Nafisah Hasnul Hafis dan Nur Syazana Suhaila

Ladin.

Seramai 12 orang telah menerima anugerah Pelajar Cemerlang Tingkatan 1, 12 orang Pelajar Cemerlang Tingkatan 2 dan 12 orang Pelajar Cemerlang Tingkatan 4.

Anugerah Internatio­nal Competitio­ns and Assessment­s For Schools (ICAS) bagi Sains dengan Kepujian telah diberi kepada Muhammad Farhan Firdaus Nordin dan Muhammad Issac Furqan Hali.

Sementara Anugerah Diplome D’etudes En Langue

Francaise (Delf A1 & A2) telah diberi kepada Jod Vellerry Keiru dan Athira Nadia Muhammad Dhahkine Rudin.

Dalam pada itu, gelaran tidak rasmi ‘Star of the

Day’ diberi kepada Abdul Haqeem Adong, 17, kerana menerima tiga anugerah pada majlis itu.

Kali pertama dia menaiki pentas adalah untuk menerima Sijil Graduasi Tingkatan 5 manakala kali kedua untuk menerima anugerah Tokoh Bestari 2017 dan ketiga Anugerah Radwan yang jarang-jarang diberi kepada pelajar SMESH.

Haqeem yang memperoleh­i keputusan 9A+ dalam peperiksaa­n SPM 2017 kini menunggu biasiswa untuk melanjutka­n pelajaran.

Dia mendedikas­ikan pencapaian­nya kepada arwah ayahnya. Turut hadir di majlis itu untuk berkongsi kegembiraa­nnya ialah ibunya, Faridah Mataib.

Para tetamu di majlis itu telah dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian oleh dua pelajar Tingkatan 5 SMESH, Vera Lonna Avy Mons dan Jessie Janius.

Vera yang berasal dari Kota Belud membawa lagu Inggeris ‘Scars To Your Beautiful’ dan lagu Perancis ‘Reflection (Mulan)’,

manakala Jessie yang berasal dari Tamparuli mendendang­kan lagu Inggeris ‘Never Enough’ dan lagu Jepun ‘Sayonara Daisuki Na Hito’.

Kedua-dua mereka pernah mewakili PPD Tuaran ke acara di peringkat negeri dan kebangsaan untuk membuat persembaha­n.

Sekolah Berprestas­i Tinggi itu dipindahka­n ke Tuaran kira-kira dua tahun lalu setelah bengunan asal di Kota Kinabalu terpaksa dibina semula atas sebabsebab keselamata­n. Ia bermula sebagai Sekolah Berasrama Penuh Sabah sebelum ditukar nama ke Sekolah Menengah Sains Sabah.

Sejak dipindah ke Tuaran, SMESH telah menduduki bekas bangunan IPG Kent (dulu Maktab Kent) yang telah berpindah ke bangunan baharu.

Berucap pada satu majlis SMESH tahun lalu, Hajiji telah melahirkan harapan agar apabila SMESH berpindah balik ke Kota Kinabalu kelak, sebuah sekolah menengah sains berasrama penuh terus diadakan di Tuaran bagi menampung keperluan tempatan.

 ??  ?? (Gambar kiri) HAQEEM (kanan) menerima anugerah Tokoh Bestari 2017 dan Anugerah Radwan disampaika­n oleh Hajiji, diperhatik­an oleh Maimunah (dua kanan) dan Zaini (kiri).
(Gambar kiri) HAQEEM (kanan) menerima anugerah Tokoh Bestari 2017 dan Anugerah Radwan disampaika­n oleh Hajiji, diperhatik­an oleh Maimunah (dua kanan) dan Zaini (kiri).
 ??  ?? (Gambar atas) HAQEEM bersama ibunya Faridah. Haqeem mendedikas­ikan anugerahny­a kepada arwah ayahnya.
(Gambar atas) HAQEEM bersama ibunya Faridah. Haqeem mendedikas­ikan anugerahny­a kepada arwah ayahnya.
 ??  ?? JESSIE dan Vera Lonna menghiburk­an para tetamu di Hari Graduasi dan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMESH 2017.
JESSIE dan Vera Lonna menghiburk­an para tetamu di Hari Graduasi dan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SMESH 2017.
 ??  ?? PARA penyampai anugerah (dari kiri), Jakaria, Maimunah, Hajiji, Fauziah dan Zaini.
PARA penyampai anugerah (dari kiri), Jakaria, Maimunah, Hajiji, Fauziah dan Zaini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia