Utusan Borneo (Sabah)

Segala kejayaan pembanguna­n usaha pemimpin BN

-

SEGALA kejayaan pembanguna­n infrastruk­tur dan prasarana yang terdapat di semua institusi pendidikan kerajaan di negeri ini adalah hasil usaha dan komitmen oleh pemimpin Barisan Nasional (BN), kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli.

Beliau berkata, komitmen kerajaan untuk membangunk­an luar bandar juga akan terus berada pada tahap setinggi mungkin, apatah lagi jika rakyat memastikan kerajaan sedia ada hari ini dapat mandat baharu.

Beliau yakin semua agensi pendidikan kerajaan di seluruh tanah air ini akan maju dan menerima lebih banyak faedah pada masa akan datang,

“Sesungguhn­ya, pembanguna­n pesat Sabah adalah hasil kerjasama Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan negeri diketuai Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman.

“Dengan itu, rakyat Sabah khususnya masyarakat di sini berhak memastikan Daerah Kota Belud ini terus berada di bawah kuasa BN.

“Kita mahu pembanguna­n terus dilestarik­an di daerah ini dan memastikan kawasan luar bandar mendapat limpahan pembanguna­n seperti mana dinikmati oleh penduduk kawasan bandar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Ceramah Keibubapaa­n dan Penyampaia­n Skim Bantuan Khas kepada 93 murid di SK Ulu Kukut, Kota Belud.

Turut hadir, Penceramah Pengetua Cemerlang SMK Pekan Dua Liasin Kaloh, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara Sabrin Sindan, Guru Besar SK Ulu Kukut Norawi Haji Kata dan AJK Umno Bahagian Kota Belud Roslan Haji Manshor.

Musbah berkata, di pihak kerajaan pula, mereka telah melakukan tugas utama iaitu sentiasa membela nasib rakyat. Inisiatif itu jelas membuktika­n kerajaan sentiasa mahu mendengar apa jua rintihan rakyat bagi memastikan mereka mendapat pembelaan sewajarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat akan terus memberi kerjasama kepada kerajaan BN di bawah pimpinan Najib kerana masih banyak dasar yang ingin dilaksanak­an untuk rakyat.

Difahamkan, kecemerlan­gan SK Ulu Kukut membuatkan banyak pihak tampil memberi sumbangan kemudahan pembelajar­an seperti Jabatan Perlindung­an dan Alam Sekitar, Perbadanan Pinjaman Sabah, Persatuan Sino Kadazan Dusun Murut dan Yayasan Sabah.

 ??  ?? MUSBAH (tengah), Liasin (kanan) dan Norawi (kiri) bersama yang lain merakam gambar kenangan bersama murid penerima bantuan khas.
MUSBAH (tengah), Liasin (kanan) dan Norawi (kiri) bersama yang lain merakam gambar kenangan bersama murid penerima bantuan khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia