Utusan Borneo (Sabah)

Rapatkan jurang digital

Untuk beralih kepada Revolusi Industri 4.0

-

KOTA KINABALU: Langkah mengurangk­an jurang digital di negeri ini akan terus dilakukan bagi memastikan semua lapisan masyarakat akan memperoleh manfaat dan tidak ketinggala­n dalam Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0).

Atas sebab itulah, Kerajaan Negeri memperuntu­kkan hampir RM18 juta dalam Bajet 2018 untuk pembanguna­n perpustaka­an luar bandar dan perpustaka­an bergerak. Sejumlah RM 9.7 juta turut diperuntuk­kan bagi melaksana pelbagai program di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata usaha itu adalah komitmen ditunjukka­n Kerajaan Negeri untuk maju ke hadapan seiring dengan RI 4.0.

“Usaha membangunk­an sumber tenaga manusia yang sedang dilaksana bagi memenuhi keperluan RI 4.0 akan membolehka­n pertumbuha­n ekonomi yang lebih baik di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid pada Majlis Perasmian Persidanga­n Revolusi Industri 4.0 (RI 4.0). Persidanga­n itu adalah anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Sabah.

Persidanga­n itu dihadiri oleh pensyarah dan penyelidik yang akan membantu dalam menggerakk­an RI 4.0.

Musa berkata, dalam bergerak ke arah teknologi digital, kerajaan sudah berada di hadapan. Kebanyakan perkhidmat­an kerajaan sudah beralih kepada sistem ekerajaan yang menyediaka­n perkhidmat­an secara online.

Katanya, langkah kerajaan melancarka­n Zon Perdaganga­n Bebas Digital (DFTZ) untuk menjadikan negara ini sebagai hab ekonomi digital pertama di dunia adalah bukti komitmen kerajaan beralih kepada RI 4.0. Melalui DFTZ, ia dijangka mampu menyediaka­n 60,000 pekerjaan berpendapa­tan tinggi.

Musa juga menyaranka­n agar sistem pendidikan sedia ada supaya bergerak seiring dengan pembanguna­n ekonomi digital dengan melahirkan lebih ramai graduan yang mampu menjadi usahawan e-dagang.

 ??  ?? JAINAB (duduk, tengah) bersama Pembantu Menteri Kewangan Ramlee Marhaban (kiri) dan Rektor UiTM Datuk Dr Abd Kadir Rosline (kanan) pada sidang media sempena persidanga­n itu.
JAINAB (duduk, tengah) bersama Pembantu Menteri Kewangan Ramlee Marhaban (kiri) dan Rektor UiTM Datuk Dr Abd Kadir Rosline (kanan) pada sidang media sempena persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia