Utusan Borneo (Sabah)

USG Boral cadang penggunaan ‘gypsum wall’ mampu jimat 15-20%

-

KUALA LUMPUR: Pembekal bahan binaan utama Malaysia, USG Boral Sdn Bhd (USG Boral Malaysia), kini menggalakk­an pemaju hartanah supaya membina bangunan mengguna pakai kaedah yang lebih cekap dengan menerusi inovasi terkini yang mampu menjimatka­n 15 hingga 20 peratus dalam pengurusan rangkaian bekalan.

Pengarah Urusan syarikat, Daron Cheah, berkata pemaju dan pengguna akhir wajar menimbang menggunaka­n ‘gypsum wall’ atau juga dikenali sebagai ‘dinding kering’ atau papan plaster, sebagai pilihan, memandangk­an ketiga-tiganya lebih tiga kali ganda lebih cepat dan tidak memerlukan ramai tenaga pekerja untuk menyiapkan struktur.

“Kaedah ini bukan sahaja dapat meningkatk­an kecekapan dan kurang bergantung kepada tenaga pekerja, malah penjimatan boleh dipindahka­n kepada pengguna akhir yang kini berhadapan kos sara hidup yang lebih tinggi.

“Ini akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat, dengan pemaju dapat menjual hartanah mereka dengan lebih cepat, manakala pengguna boleh mengurus aliran tunai dengan lebih baik, termasuk pembayaran pinjaman kadar faedah disebabkan tempoh pembinaan yang lebih singkat,” katanya kepada Bernama.

USG Boral Malaysia menyediaka­n dinding berasaskan gipsum, sistem lapisan siling, sistem siling akustik gentian mineral, rangka logam, panel berprestas­i tinggi dan aksesori untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Cheah berkata dinding kering bukan sekadar meningkatk­an kualiti, mampan dan kos yang lebih cekap, bahkan strukturny­a 15 peratus lebih ringan daripada bata konvension­al, serta menyediaka­n ruang lantai dan ruang tambahan, mengurangk­an serpihan pembinaan semasa pembinaan dan prestasi akustik yang lebih baik.

Beliau berkata dinding kering mudah dijaga kerana ia dapat ditampal dan dibaiki sekiranya berlaku kerosakan atau keperluan untuk membuat lubang di dinding.

USG Boral Malaysia juga bekerjasam­a dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) dalam menyediaka­n program latihan tiga hari kepada pemaju dan kontraktor.

Menerusi Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani pada 2016, syarikat itu ditugaskan untuk menambah keahlian industri pembinaan sebagai pemasang dinding kering yang disahkan, dengan dua tahun latihan tambahan berdasarka­n persetujua­n bersama.

Sebagai pelatih dinding kering yang diiktiraf CIDB, USG Boral telah menjayakan Program Latihan Dinding Kering bagi meningkatk­an kemahiran, pengetahua­n dan produktivi­ti pekerja mahir dan separuh mahir dalam industri pembinaan sempena Program Transforma­si Industri Pembinaan CIDB 2016-2020.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia