Utusan Borneo (Sabah)

Pelacuran: Wanita warga asing kena tujuh bulan

-

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing mendakwa dirinya ditipu bekerja sebagai tukang urut, dikenakan penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana mencari pelanggan bagi maksud persundala­n.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menjatuhka­n hukuman itu terhadap Pang Juming, 30, yang didakwa mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, selepas mengaku bersalah.

Kesalahan dilakukan pada 6 April jam 12.51 pagi, di sebuah premis refleksolo­gi, Jalan Haji Yakub, Kampung Air, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh setahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Di Mahkamah Sesyen, Pang dan rakannya Wu Liping, 26, masing-masing didenda RM600 atau penjara dua bulan, atas kesalahan melanggar syarat pas.

Merekayang­menggunaka­n Pas Lawatan Sosial sah sehingga 17 April, didapati melanggar syarat pas berkenaan, pada 6 April jam 11 malam, di tempat yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, denda maksimum RM1,000 atau penjara selama enam bulan, atau kedua-duanya.

Berdasarka­n keterangan kes, bertindak atas maklumat, sepasukan polis membuat serbuan di premis terbabit, kerana disyaki terdapat kegiatan persundala­n melibatkan warga asing.

Pemeriksaa­n lanjut, polis menemui beberapa keping kondom yang sudah digunakan, turut ditangkap seorang penjaga premis dan dua wanita.

Semua barang rampasan dibawa ke balai polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu, untuk siasatan.

Semasa rayuan, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam menyatakan diri mereka ditipu oleh majikan, apabila ditawarkan bekerja sebagai tukang urut di negara ini.

“Kami pertama kali ke luar negara. Kami dijanjikan bekerja sebagai tukang urut kerana perniagaan di sini bagus.

“Kami juga tidak memiliki wang hanya sebuah telefon bimbit,” kata Pang sambil menangis.

Manakala Lu seorang ibu tunggal menyatakan, mempunyai seorang anak berusia lima tahun yang bersekolah, manakala ibunya sudah tua.

Kedua-dua tertuduh juga diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit dan Cif Insp Lim Swee Beng melakukan kedua-dua pendakwaan terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia