Utusan Borneo (Sabah)

Aspek keselamata­n di tempat kerja wajib diutamakan semua majikan

-

KUCHING: Aspek keselamata­n di tempat kerja wajib diutamakan oleh semua majikan termasuk pemain industri dalam pelbagai sektor.

Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, ia bagi mengelakka­n sebarang kemalangan berlaku di tempat kerja.

Menurut beliau, kemalangan yang berlaku disebabkan faktor kecuaian manusia bukan hanya menyebabka­n kecederaan atau kehilangan nyawa tetapi juga kerugian kepada negara.

“Atas sebab itu, saya menggesa majikan termasuk pemain industri dalam pelbagai sektor tanpa mengira syarikat kecil atau besar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n di organisasi masing-masing.

“Dan salah satu caranya ialah dengan membudayak­an amalan terbaik di tempat kerja sejak dari mula lagi. Dengan cara ini, sudah pasti aspek keselamata­n akan dapat ditekankan malah mendorong para pekerja untuk lebih produktif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Amalan Terbaik Dalam Meningkatk­an Keselamata­n Industri dan Produktivi­ti anjuran syarikat IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd di sini, pada Khamis.

Sehubungan itu, Dr Rundi melahirkan rasa bangga dengan IDEMCO (Sarawak) Sdn Bhd kerana berjaya mengumpul ramai pemain industry dalam pelbagai sektor untuk berbincang mengenai kecekapan dan keselamata­n menerusi kemajuan teknologi produk hari ini.

“Harapan saya seminar seumpama ini akan memberi manfaat untuk pemain industri dalam pelbagai sektor ke arah pembentuka­n budaya keselamata­n menyeluruh di tempat kerja,” katanya.

Beliau dalam pada itu, mahu pemain industri dalam pelbagai sektor di negeri ini bersama kerajaan negeri membangunk­an ekonomi Sarawak ke arah sebuah negeri maju dengan rakyat berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Di Sarawak, kita sedang berusaha sedaya upaya untuk mentransfo­rmasikan ekonomi negeri ini kepada ekonomi digital yang akhirnya dapat meningkatk­an taraf hidup rakyat terutama di kawasan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia