Utusan Borneo (Sabah)

MyNic Berhad sasar 3,000 peserta

-

PENGENDALI laman web.my, MyNic Berhad menyasarka­n 3,000 peserta bengkel perniagaan atas talian pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, agensi di bawah Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu turut memfokus golongan mahasiswa sebagai golongan sasaran untuk menjalanka­n perniagaan seumpama.

“Kita mensasarka­n pelajar-pelajar universiti untuk belajar cara untuk menjalanka­n perniagaan atas talian atau secara tradisiona­l melalui secara kreatif mengunakan fotografi dan sebagainya.

“Pada tahun lepas, kita telah mengadakan program bersama 60 sekolah di Kota Belud bersama-sama pegawai-pegawai IT untuk meletakkan 60 sekolah di sini di atas talian.

“Selain memberi kesedaran kepada para belia tentang identiti atas talian, kita juga memperkena­lkan penjenamaa­n serta kepentinga­nnya untuk golongan usahawan,” jelasnya ketika ditemui pada majlis penyerahan van kepada SMK Pekan II, dekat sini pada Jumaat.

Menurut Hasnul, penyerahan van 14 penumpang dengan kos RM100 ribu itu tersebut merupakan salah satu Program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) MyNic Berhad.

Sementara itu, Pengetua SMK Pekan II Liasin Kaloh melahirkan penghargaa­n terhada pemberian van berkenaan yang akan memudahkan pergerakan para guru dan pelajar terutama dalam urusan rasmi serta kebajikan sekolah.

Hadir menyaksika­n penyerahan van tersebut adalah Menteri KKMM Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak serta Pegawai Operasi MyNic Berhad Norzaiton Senusi.Penerangan.

 ??  ?? (gambar atas) HASNUL (dua dari kanan) menyampaik­an replika kunci kepada Liasin (dua dari kiri), disaksikan oleh Salleh (tengah). (gambar kanan) SALLEH (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir.
(gambar atas) HASNUL (dua dari kanan) menyampaik­an replika kunci kepada Liasin (dua dari kiri), disaksikan oleh Salleh (tengah). (gambar kanan) SALLEH (kiri) bersalaman dengan tetamu yang hadir.
 ??  ?? LIASIN bergambar bersama van yang diterima.
LIASIN bergambar bersama van yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia