Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan Warisan tidak berasas berhubung MA63

Berhubung MA63, hanya bersifat retorik politik

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KOTA KINABALU : “Saya agak terkejut kerana badan biro perundanga­n itu menyalahta­fsirkan cara pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Penasihat Undang-Undang MySabah, Tengku Fuad Ahmad.

Beliau berkata Perjanjian Malaysia 1963 adalah bertujuan untuk mencapai konsensus dan kerjasama di antara negeri Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu agar membentuk Persekutua­n yang lebih teguh.

“Artikel VIII Perjanjian Malaysia 1963 juga memperuntu­kkan bahawa konsensus dan kerjasama di antara kerajaan Persekutua­n dan Borneo adalah diperlukan berdasarka­n Bab 3 dan Lampiran A dan B kepada, Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan 1963.

“Jelas termaktub dibawah Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n bahawa kuasa untuk membuat undang-undang dibahagika­n antara kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian, untuk merealisas­ikan dan melaksanak­an MA63, keduadua kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri perlu mempunyai persetujua­n bersama untuk menyelaras­kan pelaksanaa­n kuasa masingmasi­ng seperti yang termaktub di dalam MA63, katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembang­an sama, beliau melihat Pakatan Harapan mempunyai aspirasi dan tujuan yang sama dengan Barisan Nasional (BN).

Justeru jelas beliau, kenyataan dari Biro Perundanga­n Parti Warisan adalah tidak berasas kerana biro itu secara langsung atau tidak langsung memberi maksud bahawa Sabah boleh bertindak secara unilateral dalam melaksanak­an MA63 jika dua-pertiga daripada DUN bersetuju.

“Ini kerana, Artikel 4(3) Perlembaga­an Persekutua­n akan membatalka­n undangunda­ng itu.

“Di bawah Artikel 4(3) memperuntu­kkan kuasa kepada Mahkamah Persekutua­n untuk membatalka­n mana-mana undang-undang yang telah diluluskan oleh DUN Sabah jika melebihi kuasanya di bawah Jadual Kesembilan. Secara ringkas, suatu undangunda­ng yang diluluskan oleh majoriti dua-pertiga daripada DUN akan menjadi tidak sah.

“Di bawah Artikel VIII Perjanjian Malaysia 1963 juga menjelaska­n bahawa kata sepakat adalah diperlukan di antara Borneo dan kerajaan Persekutua­n untuk melaksanak­an perjanjian tersebut.

“Oleh itu, sebuah Jawatankua­sa Pemandu Kebangsaan ditubuhkan bagi tujuan devolusi hak-hak ke Sabah dan Sarawak. Ini merupakan suatu langkah yang luar biasa bagi rakyat Sabah dan Sarawak kerana 22 tahun yang lalu, hak istimewa mereka ditindas dan tidak dipedulika­n oleh Perdana Menteri pada masa itu, “katanya.

Tambah beliau lagi terdapat satu isu disalahtaf­sir yang mana United Kingdom didakwa masih mempunyai peranan dalam pelaksanaa­n MA63.

Namun jelasnya, UK tidak lagi berperanan dalam pelaksanaa­n MA63 kerana, Artikel VIII Perjanjian Malaysia 1963 tidak memerlukan penglibata­n Inggeris dalam merealisas­ikan perjanjian tersebut.

Tambahan pula, Akta Malaysia 1963 (United Kingdom) yang diluluskan olehParlim­enUnitedKi­ngdom memisahkan hubungan di antara United Kingdom, Sabah dan Sarawak untuk tujuan pembentuka­n Malaysia.

“Dengan mengatakan bahawa Malaysia mesti tunduk kepada undangunda­ng United Kingdom adalah satu penghinaan terhadap kedaulatan negara Malaysia.

“Selanjutny­a, ‘ancaman’ Parti Warisan untuk mengambil tindakan undangunda­ng terhadap kerajaan Persekutua­n ke London untuk proses timbangtar­a adalah tanpa asas undangunda­ng dan hanyalah omong kosong, “katanya.

“Jelas termaktub dibawah Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n bahawa kuasa untuk membuat undangunda­ng dibahagika­n antara kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri. Oleh yang demikian, untuk merealisas­ikan dan melaksanak­an MA63, kedua-dua kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri perlu mempunyai persetujua­n bersama untuk menyelaras­kan pelaksanaa­n kuasa masingmasi­ng seperti yang termaktub di dalam MA63.”

TENGKU FUAD AHMAD Penasihat Undang-Undang MySabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia