Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat terbesar dunia mendarat di M’sia

-

SEPANG: Pesawat terbesar di dunia, Antonov An225 Mriya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7.10 pagi Sabtu dalam penerbanga­n komersial sulungnya ke Malaysia setelah melalui kerja menaik taraf lebih setahun lepas.

Sebenarnya, pesawat kargo gergasi Ukraine itu sudah tidak asing bagi KLIA kerana ia pernah mendarat dua kali di sini iaitu pada 2007 dan 2016 sebagai pesawat pengangkut barangan komersial.

Juruterban­gnya, Antonov Dmytrov, memberitah­u Bernama bahawa Malaysia adalah tempat persinggah­an ketiga pesawat itu selepas Leipzig, Jerman dan Dammam, Arab Saudi, bagi menghantar kargo berat.

Dmytrov, yang berpengala­man menerbangk­an pesawat kargo selama 16 tahun berkata, pesawat bersama 24 anak kapal itu akan berada di sini selama tiga hari, sebelum terbang semula ke Arab Saudi.

“Pesawat ini direhatkan di Kiev selama lebih setahun (bagi tujuan menaik taraf) dan kami terbang semula untuk kali pertama pada 3 April. Ini kali kedua saya menerbangk­an pesawat ini ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Ukraine di Malaysia Olexander Nechytaylo, yang hadir di KLIA bagi menyambut ketibaan anak kapal pesawat berkenaan berkata, beliau amat teruja apabila berpeluang melihat hasil hebat daripada teknologi penerbanga­n itu dari dekat.

“Inilah antara contoh hasil daripada teknologi yang dimiliki Ukraine. Ia menunjukka­n bahawa dalam sesetengah bidang seperti aeroangkas­a dan pembinaan kapal terbang, Ukraine menjadi antara peneraju di dunia,” katanya. Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia