Utusan Borneo (Sabah)

Majlis perasmian GH Corner cawangan Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman menyambut baik pembukaan cawangan restoran GH Corner di daerah ini yang merupakan satu lagi bentuk kemajuan pembanguna­n setempat.

Menurut beliau, kewujudan restoran itu tentunya akan menyediaka­n peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan khususnya dalam industri restoran.

Beliau percaya peluang pekerjaan ini berupaya membantu mengurangk­an kadar penganggur­an serta aktiviti tidak sihat dalam kalangan anak-anak muda tempatan.

“Saya juga yakin kewujudan premis ini akan mendapat sambutan menggalakk­an bukan sahaja daripada pelancong tempatan, bahkan juga pelancong antarabang­sa.

“Ia sekaligus akan menyumbang kepada peningkata­n aktiviti ekonomi di daerah Sandakan dan kawasan sekitarnya,” katanya sempena perasmian GH Corner di Bandar Utama, di sini pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pengerusi Sabah Urban Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd merangkap Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Haji Ajirol. Hadir sama, Pengarah GISB Trading, Azral Mohd Noor.

Musa juga tertarik dengan GH Corner yang dikendalik­an sepenuhnya oleh remaja di bawah Akademi Generasi Harapan (AGH) yang merupakan anak syarikat GISB Sdn Bhd.

Selain mengusahak­an rangkaian restoran, AGH turut melahirkan remaja yang berkemahir­an dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kebudayaan, ekonomi, pertanian juga IT dan multimedia.

“Inilah yang kita inginkan apabila belia khususnya golongan muda diberi peluang meneroka peluang-peluang yang ada untuk memajukan diri masing-masing.

“Kita sedar golongan belia ada pelapis kepimpinan pada masa hadapan yang akan meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n dan kemajuan negara demi manfaat dan kesejahter­aan kita pada keseluruha­nnya.

 ??  ?? JUSLIE mengguntin­g riben sebagai simbolik perasmian Restoran GH Corner di Bandar Utama, pada Sabtu.
JUSLIE mengguntin­g riben sebagai simbolik perasmian Restoran GH Corner di Bandar Utama, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia