Utusan Borneo (Sabah)

Penjual syabu dicekup

Kegiatan disyaki aktif di Sapulut

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang suspek penjual syabu yang disyaki aktif di Sapulut berjaya ditangkap semasa menunggang motosikal di Batu 2 Jalan KalabakanK­eningau, pada Jumaat.

Komander Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) DCP Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek diberkas oleh sepasukan anggota keselamata­n diketuai Esscom.

“Suspek berumur 20 tahun dantidakme­mpunyaiseb­arang dokumen pengenalan diri,” katanya, menerusi kenyataann­ya kepada media di sini, pada Sabtu.

Hazani berkata, pemeriksaa­n lanjut mendapati suspek turut membawa bungkusan plastik berisi ketulan hablur jernih yang dipercayai dadah jenis syabu seberat kira-kira 10.48 gram.

Menurutnya, penahanan itu dilakukan susulan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan sebaik pasukan keselamata­n yang bertugas terserempa­k dengan suspek.

“Suspek dilihat menunggang motosikal tanpa nombor pendaftara­n serta berada dalam keadaan mencurigak­an, malah suspek cuba melarikan diri ketika ditahan untuk diperiksa.

“Semasa pemeriksaa­n

diberkas bersama kotak rokok mengandung­i plastik berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu.

tubuh, suspek menyerahka­n kotak rokok berwarna merah yang berisi bungkusan plastik mengandung­i ketulan hablur jernih mencurigak­an,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutny­a termasuk barang rampasan.

Mengulas lanjut, kejayaan itudisifat­kannyaseba­gaikesan positif daripada pelaksanaa­n inisiatif Esscom menjalanka­n Road Check Points (RCP) semenjak Mac lepas.

“Langkah ini dibuat sebagai usaha kita mengurangk­an kemasukan pendatang tanpa izin dan menyekat aktiviti penyeludup­an di kawasan terlibat khususnya Kalabakan,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK
SUSPEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia