Utusan Borneo (Sabah)

981 guru sekolah menengah, rendah menerima tablet

-

KENINGAU: Seramai 981 guru dari 46 buah sekolah menengah dan rendah di daerah kecil Sook masingmasi­ng menerima tablet beserta perisian E-Tutor dan E-Paper di bawah inisiatif Kementeria­n Pendidikan Malaysia KPM.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, penggunaan tablet ini adalah satu revolusi dalam dunia pendidikan yang mampu memberi manfaat jangka panjang dalam pendidikan.

“Pada masa kini, perkembang­an Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan ledakan maklumat tidak boleh diabaikan dan menjadi satu kemestian dalam mengharung­i dunia global tanpa sempadan.

“Sehubungan itu, pada Mei 2016 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengumumka­n pemberian tablet kepada guru-guru di seluruh negara.

“Penyediaan tablet berkenaan merupakan langkah yang memberi kesan besar dalam proses pengajaran dan pembelajar­an yang akan melonjakka­n tahap pendidikan kepada tahap yang lebih tinggi. “Diharapkan kemudahan ini membantu guru-guru agar dapat mengakses bahan pengajaran lebih cepat, mudah dan menarik melalui atas talian dalam pengajaran dan pembelajar­an,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Agihan Tablet Guru, Daerah Kecil Sook Parlimen P.182 Pensiangan, di sini barubaru ini.

Katanya, pemberian kemudahan ini sesuai pada penajaan yang diberikan sebelum ini iaitu penajaan Akhbar Tutor yang telah dilaksanak­an selama empat tahun berturuttu­rut yang melibatkan 77 buah sekolah di kawasan Parlimen Pensiangan.

Beliau turut mengucapan penghargaa­n kepada semua warga pendidik di daerah kecil ini kerana sentiasa menyahut cabaran untuk meningkatk­an prestasi anak-anak yang telah menunjukka­n keberhasil­an dengan peningkata­n setiap tahun.

“Sebagai seorang pemimpin, saya sangat memahami bahawa banyak keperluan sekolah perlu dibantu. Justeru, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan segala permohonan dan permintaan pihak sekolah dapat ditunaikan,” jelasnya.

Pada majlis itu beliau turut menyampaik­an peruntukan berjumlah RM10,165 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Keningau untuk membekalka­n set peralatan multimedia dan alat siaraya untuk kegunaan pengurusan program di peringkat daerah.

 ??  ?? KURUP merakamkan kenangan bersama-sama guru besar dan pengetua yang hadir menerima tablet tersebut.
KURUP merakamkan kenangan bersama-sama guru besar dan pengetua yang hadir menerima tablet tersebut.
 ??  ?? KURUP menyampaik­an tablet kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
KURUP menyampaik­an tablet kepada salah seorang penerima pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia