Utusan Borneo (Sabah)

BN akan letak calon muka baharu

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Sri Bung Moktar Radin tidak menolak kemungkina­n Barisan Nasional(BN)akanmeleta­kkan calon-calon baharu di beberapa kawasan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setiap kali pilihan raya memang BN meletakkan calon-calon muka baharu dan ini penting sebab kombinasi muka baharu dan muka lama, orang lama dan orang baharu itu perlu sebab yang baharu ini adalah merupakan satu platform ke arah kesinambun­gan perjuangan BN,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Penyelaras BN Kinabatang­an menjelaska­n, sebab itu kenapa Umno dan BN di terima rakyat dan sebab itu juga kita berjaya membuat peremajaan parti.

“Peremajaan parti ini, prosesnya kita kena memberi ruangkepad­acalon-calonmuda dan baharu, bagaimanap­un tidak bolehlah kita bagi 100 peratus, ada juga caloncalon yang lama tetapi masih dikehendak­i oleh rakyat maka pucuk pimpinan parti mengekalka­n calon-calon berkenaan.

“Tetapi ada beberapa kawasan di Sabah ini, inshaAllah kita akan ada beberapa muka-muka baharu untuk dipertandi­ngkan,” katanya.

Bung Moktar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Peduli Rakyat Parlimen Kinabatang­an di perkaranga­n Hospital Daerah Kinabatang­an, pagi Sabtu.

Dalam pada itu ditanya mengenai ramalan parti pembangkan­g memenangi 30 kawasan DUN dan BN hanya 25, beliau berkata mutakhir ini ia melihat rata-rata parti sama ada parti besar atau parti kecil masing-masing menaruh harapan dengan kejayaan dan kemenangan berpihak kepada mereka.

“Tetapi ungkapan seumpama ini, kita sudah dengar setiap kali pilihanray­a di mana memang ada ungkapan seumpamain­i,tapiakhirn­yaBN juga yang jadi pemerintah

“Jadi kita tunggu keputusan 9 Mei, tetapi selaku Majis Tertinggi Umno, saya cukup yakin bahawa BN adalah sebuah parti yang masih diterima oleh rakyat sebab BN sentiasa bantu rakyat, kita ambil peduli rakyat, kita selami masalah rakyat. Ini kelebihan BN,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Pengerusi Felcra Bina yang juga Timbalan Pengerusi BN Kinabatang­an Datuk Jafry Ariffin, Pegawai Daerah Kinabatang­an Yassin Nasir, Pengarah Hospital Daerah Kinabatang­an Dr. Mohd Fahmi Osman, Ketua Doktor-Doktor Pakar Perubatan dari Semenanjun­g Malaysia Prof Dr. Mad Radzi Juhari, ketua-ketua unit hospital, Ketua Pemuda Umno Kinabatang­an Aksyah Nasrah, Ketua Wanita Umno Kinabatang­an Hajah Aminah Johan dan para pemimpin setempat.

 ??  ?? BUNG Moktar berkesempa­tan membuat pemeriksaa­n kesihatan pada majlis itu semasa melawat gerai pameran dan pemeriksaa­n kesihatan sambil diperhatik­an oleh Jafry.
BUNG Moktar berkesempa­tan membuat pemeriksaa­n kesihatan pada majlis itu semasa melawat gerai pameran dan pemeriksaa­n kesihatan sambil diperhatik­an oleh Jafry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia