Utusan Borneo (Sabah)

PBS sedia lakukan transforma­si letak calon bawah 40 tahun?

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kepimpinan tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) membayangk­an kemungkina­n parti itu sedia melakukan transforma­si dengan menampilka­n anak muda berusia bawah 40 tahun sebagai calon pada pilihan raya kali ini.

Pemangku Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr.Maximus Johnity Ongkili berkata pemilihan nama calon akhir yang berpotensi mewakili parti itu kini sedang dikemaskin­i.

“Senarai calon kali ini lebih ‘mixture’, ada ‘budak baharu’ dan yang berpengala­man,” katanya, menjawab soalan jika PBS sedia memilih anak muda berusia bawah 40 tahun.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkenaan ditemui pemberita selepas berucap merasmikan Program Jelajah Yayasan Hijau (YaHijau) Sabah, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, transforma­si pemilihan calon akan dapat dilihat pada hari penamaan calon nanti (dalam pilihan raya terdahulu PBS jarang memilih anak muda untuk bertanding).

“Ada anak muda, wanita dan orang veteran yang ‘tatap’ menang (akan dipilih mewakili PBS sebagai tanda parti itu melakukan transforma­si dalam pemilihan calon mereka).

“Muka baharu ada 25 peratus, manakala calon untuk kerusi Parlimen tidak banyak berubah, malah kerusi untuk golongan wanita juga akan ada tambahan,” katanya.

Maximus juga optimis PBS berupaya mengekalka­n kerusikeru­si yang dimenangin­ya pada pilihan raya terdahulu dan merampas semula kerusi ditawan pembangkan­g.

Beliau yakin dengan kerjasama semua komponen parti Barisan Nasional (BN), malah kali ini mereka lebih bersedia merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Sri Tanjong.

“Jentera PBS sudah bersedia dan saya sudah menemui ketua-ketua bahagian kita di kawasan Tawau dan Semporna, serta berpuas-hati dengan penglibata­n mereka.” katanya.

 ??  ?? MAXIMUS menyerahka­n replika cek sumbangan bahan bacaan Yayasan Hijau Malaysia kepada wakil tabika Daerah Tawau.
MAXIMUS menyerahka­n replika cek sumbangan bahan bacaan Yayasan Hijau Malaysia kepada wakil tabika Daerah Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia