Utusan Borneo (Sabah)

Sokong kerajaan demi kesejahter­aan: Nizam

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Masyarakat perlu menghargai dan memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) demi untuk kesejahter­aan rakyat dan pembanguna­n yang lebih baik.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan BN begitu prihatin dengan keperluan rakyat.

Jelasnya, kerajaan sememangny­a prihatin dengan rakyat bukan sahaja dari segi kebajikan, memberi bantuan, pembanguna­n malah ia juga membangunk­an minda rakyat.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Umno Bahagian Tawau di Pusat Daerah Mengundi Apas Tawau Lama, pada Sabtu.

Menurut Nizam, kerajaan juga memberi keperluan yang lain seperti menyediaka­n prasarana untuk kemudahan masyarakat terutamany­a mereka yang tinggal di luar bandar.

Pada majlis itu, beliau turut menasihatk­an rakyat di negeri ini agar tidak mudah terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkan­g yang sentiasa mengambil kesempatan untuk memecahbel­ahkan rakyat terutamany­a pada musim pilihan raya.

Begaimanap­un beliau yakin, rakyat di negeri ini bijak memilih pemimpin selain mampu menentukan kemajuan negara pada masa hadapan.

Pada masa sama Nizam berkata, kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang berjasa kepada rakyat lebih 20 tahun yang lalu.

Tambahnya, ini kerana banyak pembanguna­n yang telah, sedang dan akan dirancang demi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan.

 ??  ?? NIZAM semasa meninjau barangan keperluan yang dijual di karnival itu.
NIZAM semasa meninjau barangan keperluan yang dijual di karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia