Utusan Borneo (Sabah)

Calon BN perlu pastikan menang

Buktikan pemilihan mereka tepat

-

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) diminta membuktika­n kepercayaa­n yang diberikan oleh pucuk pimpinan parti kepada mereka dengan memastikan kemenangan di kerusi yang ditandingi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga timbalan pengerusi BN berkata calon BN perlu memastikan kemenangan walaupun sesukar mana pun kawasan yang ditandingi.

“Bila peluang datang, jangan toleh kiri kanan. Tidak ada istilah undur atau kecewa, cuma kemenangan dan terus berada di barisan hadapan dan pastikan kemenangan.

Pastikan jangan malukan BN bila kita telah beri tempat. Sesukar mana pun kawasan yang ditandingi, buktikan pada saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kemenangan tetap pada BN,” katanya.

Beliau berucap di majlis perasmian Ekspo Pemuda BN 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pada Sabtu.

Ekspo yang berlangsun­g selama dua hari bermula Sabtu menawarkan lebih 50,000peluang­pekerjaano­leh lebih 200 pempamer terdiri daripada agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda BN.

Ahmad Zahid turut mengingatk­an mereka yang tidak terpilih sebagai calon untuk tidak merasa terlalu kecewa malah terus membantu jentera BN.

Beliau berkata Pemuda BN juga harus diberi lebih peluang untuk bertanding.-Bernama

“Bila peluang datang, jangan toleh kiri kanan. Tidak ada istilah undur atau kecewa, cuma kemenangan dan terus berada di barisan hadapan dan pastikan kemenangan. ” DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia