Utusan Borneo (Sabah)

Tengku Adnan sedia berdepan sesiapa sahaja di Putrajaya

-

PUTRAJAYA: Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja yang bakal bertanding di Parlimen Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Beliau berkata ini adalah kerana warga Putrajaya mengenali beliau dan tahu perkhidmat­an yang telah diberikan olehnya dan kerajaan dalam menjamin kesejahter­aan dan kepentinga­n rakyat.

“Sesiapa boleh datang bertanding di Putrajaya. Saya tidak ada masalah. Saya biasa bertanding dengan Yang Dipertua Pas Wilayah (Persekutua­n) dan Naib Presiden Pas.

Saya percaya warga Putrajaya tahu mana (calon) yang baik dan mana yang tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran pembanguna­n surau baharu di Presint 11K dan 11F di sini, pada Sabtu.

Tengku Adnan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal mengenai bekas pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjadi calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk Parlimen Putrajaya.

Pada PRU13, Tengku Adnan menewaskan Husam Musa yang mewakili Pas dengan majoriti 5,541 undi.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal 5 Mei.

Dalam perkembang­an lain, Tengku Adnan sekali lagi mengingatk­an semua anggota Umno supaya taat setia dan akur kepada keputusan parti dalam memilih calon terbaik untuk bertanding dalam PRU14 memandangk­an mereka terikat pada etika, perlembaga­an dan perundanga­n parti itu.

“Kita tahu dan takut ada kawan-kawan dalam parti yang tidak puas hati pada calon yang dipilih sebelum penamaan calon secara rasmi. Sehubungan itu, saya minta semua ahli akur pada keputusan yang ditetapkan.

“Kalau tidak akur, kita akan pecat serta-merta kerana kita tidak mahu duri dalam daging, gunting dalam lipatan serta anai-anai dalam parti. Anai-anai ini bila tidak puas hati, dia keluar dan buka parti sendiri. Jadi, sesiapa yang berjuang dalam parti Umno, mestilah tulen dan jujur,” katanya.

Pada Jumaat, Tengku Adnan mengeluark­an kenyataan mengingatk­an semua anggota Umno supaya tidak melakukan sabotaj kepada parti, memberikan sokongan kepada pihak yang bertentang­an dengan parti atau melaksanak­an apaapa kesalahan berkaitan, akan berhadapan tindakan tegas serta-merta termasuk pemecatan.

Justeru, beliau berkata anggota parti yang tidak puas hati ini hanya semata-mata mahu meruntuhka­n sebuah kerajaan yang baik untuk menjamin keharmonia­n rakyat dan negara.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia