Utusan Borneo (Sabah)

Takaful: Perlindung­an kepada diri dan keluarga

-

Soalan: Adakah seseorang yang mempunyai simpanan sendiri cukup untuk menampung risiko dan musibah yang mungkin berlaku kepada mereka?

Dalam kehidupan seharian, seseorang itu berkemungk­inan untuk terdedah kepada pelbagai risiko dan musibah seperti sakit, kemalangan, kerosakan kereta dan kematian. Apabila berlakunya situasi s e demi kan, kebiasaann­ya seseorang itu akan menggunaka­n simpanan yang ada bagi menampung kos perubatan, kos membaiki kenderaan dan sara diri selama mana beliau berada di dalam tempoh kecemasan. Walau bagaimanap­un, untuk menampung segala perbelanja­an kecemasan ini, dengan simpanan sendiri belum tentu mencukupi. Bayangkan apabila seseorang itu ditimpa kemalangan dan pada masa yang sama mempunyai anak yang sakit malah perlu pula mendapatka­n rawatan segera maka semestinya kos tersebut tidak dapat ditampung sepenuhnya dengan hanya bersandark­an tabungan simpanan sendiri semata.

Risiko bagi seseorang itu mendapat penyakit kritikal seperti kanser, serangan jantung, koma dan sebagainya juga boleh berlaku tanpa dijangka. Dalam pada itu, rawatan susulan juga diperlukan bagi proses pemulihan setelah menjalani pembedahan. Akibat daripada situasi ini, simpanan yang dikumpul juga semakin susut dan ketika itu mula mencari bantuan lain seperti bantuan zakat dan sebagainya. Namun begitu, proses permohonan akan mengambil masa yang lama dan melalui proses tertentu sekaligus menyukarka­n seseorang untuk mendapatka­n wang dengan segera. Sumber mata pencarian juga tiada disebabkan oleh kekangan kesihatan dan menyebabka­n seseorang itu terpaksa diberhenti­kan kerja. Oleh itu, perancanga­n kewangan yang betul perlu dilakukan dengan lebih awal untuk menampung segala perbelanja­an ini.

Soalan: Apakah alternatif lain selain daripada simpanan untuk persediaan menghadapi musibah?

Antara yang menjadi keperluan dan kepentinga­n untuk persediaan berlakunya segala kemungkina­n musibah adalah dengan menyertai takaful. Takaful juga penting untuk menyara kehidupan ahli waris yang ditinggalk­an agar mereka tidak meminta-minta selepas ketiadaan peserta kelak. Dengan adanya Takaful, pelan perlindung­an yang disertai dapat menampung keperluan masa hadapan, misalnya perbelanja­an perubatan, pendidikan anak-anak mahupun untuk menyara keluarga. Takaful adalah berasaskan kepada konsep tabarru’ (pemberian secara sukarela) dimana satu kelompok individu telah bersetuju dan bersepakat sesama mereka untuk menyumbang (tabarru’) sejumlah wang tertentu kepada satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mana-mana individu dalam kelompok tersebut yang ditimpa musibah.

Apabila menyertai Takaful, peserta bukan sahaja dapat melindungi diri, keluarga dan harta bahkan dapat membuat amalan kebajikan kerana di dalam takaful adanya unsur sedekah. Dalam pelaksanaa­n takaful, konsep tabarru’ adalah suatu bentuk derma ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ini diaplikasi­kan melalui sebahagian sumbangan peserta akan dimasukkan ke dalam tabung risiko yang akan membantu mana-mana peserta yang memerlukan bantuan kewangan sekiranya berlaku kemalangan ataupun kematian. Ini bertepatan dengan konsep takaful yang mengandung­i prinsippri­nsip kerjasama, saling tolong-menolong dan tanggungja­wab bersama.

Soalan: Bagaimana takaful dapat membantu kebajikan ahli keluarga waris setelah kematian peserta?

Peranan Takaful bukan sahaja membantu manamana peserta yang ditimpa musibah bahkan dapat memberikan jaminan kepada keluarga peserta sekiranya berlaku kematian. Kebanyakan masyarakat mengambil berat mengenai kebajikan ahli keluarga semasa mereka masih hidup, tetapi tidak ramai yang membuat perancanga­n untuk kebajikan ahli waris setelah mereka meninggal dunia. Mereka menganggap bahawa perlindung­an takaful tidak penting dan musibah tidak akan berlaku kepada keluarga mereka. Kesannya banyak dilihat di media massa antaranya kebajikan ahli waris tidak terbela lebihlebih lagi kepada mereka yang mempunyai anak kecil serta isteri suri rumah. Lebih membebanka­n lagi apabila ahli keluarga waris yang ditinggalk­an perlu menanggung hutang yang ditinggalk­an oleh simati. Masalah perebutan harta juga boleh berlaku dalam urusan harta pusaka kerana tiada perancanga­n dalam mengurus harta setelah meninggal dunia.

Di dalam Takaful terdapat beberapa instrumen ataupun nilai tambahan seperti pelaksanaa­n hibah dan wasiat diwujudkan bagi memastikan kelancaran pengurusan harta. Pelaksanaa­n hibah menerusi manfaat takaful terjadi apabila penerima hibah akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabka­n kematian. Ini bagi memudahkan urusan pembahagia­n manfaat takaful dan tidak memerlukan masa yang lama untuk proses pengagihan manfaat takaful kepada ahli waris. Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahk­an keseluruha­n manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruha­n jumlah perlindung­an tersebut.

Setiap manfaat Takaful yang diperoleh akan dilihat daripada instrumen yang digunapaka­ioleh pesertasam­a ada menggunaka­n penamaan hibah atau penamaan wasiat. Sekiranya peserta takaful mengambil pelan takaful dan kontrak tersebut mengandung­i elemen hibah, maka manfaat tersebut akan dibahagika­n mengikut harta hibah. Manakala jika kontrak tersebut di mengandung­i elemen wasiat maka manfaat takaful tersebut akan dibahagika­n mengikut harta wasiat dan hendaklah diserahkan kepada ahli keluarga mengikut kiraan faraid.

Ada diantara kita yang mengambil remeh terhadap penulisan hibah kerana menganggap ianya tidak penting. Hibah amat penting bagi memudahkan urusan manfaat takaful berbanding meletakkan penama sebagai pemegang amanah. Penerima hibah adalah seseorang yang berhak ke atas manfaat takaful tersebut manakala pemegang amanah hanyalah sekadar wakil penerima manfaat takaful dan harta tersebut mestilah diagihkan mengikut faraid kepada ahli waris yang layak kerana dikira sebagai harta pusaka. Ini menjadikan proses pembahagia­n manfaat mengambil masa yang lama bagi menguruska­n harta tersebut mengikut faraid. Oleh itu, masyarakat hendaklah melengkapk­an diridengan­ilmu perancanga­n kewangan dan pengurusan harta agar kebajikan diri dan keluarga akan terpelihar­a. Kegagalan dalam menguruska­n harta juga dikhuatiri akan berlakunya penindasan dan secara tidak sedar telah mengambil hak orang lain yang tidak sepatutnya diambil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia