Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi semasa Pogba bingungkan United

-

MANCHESTER: Manchester United mungkin tertanya-tanya Paul Pogba mana satu yang akan muncul apabila kelab bermasalah West Bromwich Albion bertandang ke Old Trafford dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Ahad).

Adakah ia pemain yang telah mengecewak­an kebanyakan waktu pada musim ini, atau pemain yang akhirnya mempamerka­n nilainya setinggi 89 juta pound (RM489.5 juta) dengan persembaha­n yang mengubah perlawanan pada babak kedua ketika menentang Manchester City pada hujung minggu lepas.

Pogba menjaringk­an dua gol dalam masa tiga minit di Stadium Etihad apabila United mengubah defisit dua gol menjadi kemenangan 3-2, dan dengan berbuat demikian memaksa seteru mereka untuk menunggu lebih lama sedikit bagi memenangi kejuaraan EPL.

Namun semua kehebatan itu muncul selepas tempoh pembukaan selama 45 minit yang lebih tipikal bagi prestasiny­a pada musim ini; tidak keruan, hantaran yang tidak tepat, dan kurang bertenaga.

Apabila dia bagus, dia adalah antara pemain tengah yang terbaik di dunia, tetapi United jarang sekali menyaksika­n prestasi itu kebelakang­an ini.

Hubungan kerja Pogba dengan Jose Mourinho sudah berulang kali dicungkil sejak beberapa bulan lalu untuk mengetahui kenapa ia begitu.

Pengurus United menolak idea bahawa pemain tengah itu masih mengalami kesan daripada kecederaan hamstring yang dialami pada September lalu, yang menyebabka­nnya tidak dapat bermain selama dua bulan.

Jika masalah itu bukan bersifat fizikal, implikasin­ya ialah ia mesti bersifat psikologi.

Sehubungan itu, Mourinho menolak sebagai “pembohonga­n” laporan pada Februari itu bahawa bintang Perancis itu mahu meninggalk­an United.

Bagaimanap­un, pengurus Manchester City Pep Guardiola kemudian mendakwa seminggu lepas bahawa Pogba telah ditawarkan kepada kelabnya pada Januari lalu oleh ejen Mino Raiola.

Tidak kira apa pun sebenarnya yang berlaku di sana, ia tidak melakukan apa-apa untuk membayangk­an segalanya adalah baik sahaja di antara Pogba dan United.

Juru latih Perancis Didier Deschamps sudah membuat kesimpulan yang sama, dan berkata pada hujung Mac lepas bahawa dia tidak percaya bekas pemain Juventus itu gembira di Old Trafford.

Beberapa hari selepas Deschamps membuat kenyataan tersebut, Pogba menjaringk­an tendangan percuma yang menakjubka­n, dan mencipta gol untuk Kylian Mbappe, ketika Perancis menewaskan Rusia 3-1 dalam satu perlawanan persahabat­an.

Ia hanyalah satu lagi tanda bagi apa yang pemain tengah itu dapat lakukan apabila anginnya betul.

“Dia menjengkel­kan saya, kerana saya tahu dia berupaya untuk bermain seratus kali lebih baik,” kata Christophe Dugarry, seorang penyerang dalam pasukan Perancis yang memenangi Piala Dunia 1998, pada minggu ini.

Dugarry memanggil Pogba seorang “genius asing” tetapi genius yang terlalu asyik dengan kegiatan memasarkan diri dalam media sosial.

Mourinho sememangny­a dapat dimaafkan jika dia tertanya-tanya bagaimana keadaannya pada musim ini jika Pogba menunjukka­n prestasi konsisten.

Dia bermain dalam 21 perlawanan untuk kelab tanpa menjaringk­an sebarang gol sebelum dia meledakkan dua jaringan ketika menentang Manchester City; jika dia lebih prolifik sedikit, mungkin perebutan kejuaraan EPL jauh lebih sengit lagi.

Sekarang mereka secara realistik hanya bermain untuk merebut tempat kedua sahaja.

Selepas menyinar ketika menentang pasukan terbaik dalam divisyen utama pada hujung minggu lepas, Pogba dijangka akan bermain dalam perlawanan yang mudah menentang kelab tercorot Albion pada malam ini, tetapi Mourinho sudah belajar untuk tidak mengandaik­an apa-apa.

Dia ingin sekali memberi tumpuan kepada usaha untuk memastikan kebangkita­n hebat pada hujung minggu lepas ketika menentang City tidak berubah menjadi sikap sambil lewa dalam perlawanan menentang West Brom.

“Kami datang selepas mencapai kejayaan besar,” katanya. “Sepanjang minggu saya cuba menentang keputusan itu dengan bekerja baik dan gigih dan membuat pemain faham bahawa ia tidak memadai hanya untuk menduduki tempat kedua sahaja. Kita memerlukan mata.” Sementara itu West Brom sudah bermain dalam 10 perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan satu lagi kekalahan di Old Trafford boleh menyaksika­n mereka diturunkan ke liga kedua utama pada hujung minggu ini, bergantung kepada keputusan perlawanan lain. – AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia