Utusan Borneo (Sabah)

Daniel, Tortal bertarung tentukan kejuaraan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU : Cabaran Ryan Chee berakhir di separuh akhir apabila tumpas di tangan pemain Filipina, Rupert Tortal dalam acara perseorang­an lelaki Kejohanan Tenis Siri Jelajah Remaja Asia Kelapan Sabah 2018 di sini pada Sabtu.

Ryan cuba memberi tentangan tetapi terpaksa akur dengan kekalahan 6-3, 4-6, 6-0 kepada pemain pilihan pertama itu.

Satu lagi perlawanan separuh akhir yang mempertemu­kan dua pemain Malaysia menyaksika­n Daniel Prickett menang 6-1, 6-2 ke atas Kamarul Zaman.

Daniel akan bertarung dengan Tortal untuk menentukan penyandang gelaran juara hari ini manakala Ryan dan Kamarul bertarung untuk penentuan tempat ketiga.

Perlawanan separuh akhir bahagian perempuan pula menyaksika­n pemain negara, Lau Jie Ying dipaksa bertarung selama hampir empat jam sebelum menang 4-6, 7-6(5), 7-5 ke atas pemain Hong Kong, Sydney Stark.

Menanti Jie Ying di final adalah seorang lagi pemain Hong Kong, K Cheung yang menewaskan rakan senegarany­a Lee Tzu 6-2, 6-1dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Kejohanan Persekutua­n Tenis Asia (ATF) peringkat umur 14 tahun ke bawah yang telah berlangsun­g di Pusat Tenis Sutera Harbour Resort (SHR) dan Sabah Golf & Country Club (SGCC) sejak 9 April itu berakhir hari ini.

Presiden Persatuan Tenis Sabah (STA), Johnson Koh berkata, perlawanan akhir hari ini akan berlangsun­g di Pusat Tenis SHR.

 ??  ?? JOHNSON (tengah) bersama Ryan (kiri) dan Tortal bergambar bersama sebelum perlawanan separuh akhir pada Sabtu.
JOHNSON (tengah) bersama Ryan (kiri) dan Tortal bergambar bersama sebelum perlawanan separuh akhir pada Sabtu.
 ??  ?? JOHNSON (tengah) bersama dua pemain Malaysia, Daniel dan Kamarul.
JOHNSON (tengah) bersama dua pemain Malaysia, Daniel dan Kamarul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia