Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat cintakan pantun

Bengkel Penganjura­n dan Penjurian Pantun Peringkat Daerah Kota Belud

-

SK ULU KUKUT bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Persatuan Sastera dan Budaya Sabah (PSBS) akan menganjurk­an Bengkel Penganjura­n dan Penjurian Pantun Peringkat Daerah Kota Belud selewatlew­atnya akhir tahun ini.

Guru Besar SK ulu Kukut Norawi Hj Kata, berkata bengkel itu perlu diadakan agar dapat memupuk semangat cintakan pantun dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.

Idea untuk menganjurk­an bengkel itu berikutan resolusi yang dibuat oleh guru-guru Bahasa Melayu dan Sastera semasa Program Diskusi Penjurian Pantun di SK Ulu Kukut baru-baru ini.

Dalam program diskusi itu, perkongsia­n pantun telah disampaika­n oleh Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian Penyelidik­an Sastera DBP Kuala Lumpur, Mohamad Shahidan. Beliau turut berkongsi pengalaman­nya sebagai juri dan aspek yang perlu diambil perhatian.

Menurut beliau,fungsi pantun bukan setakat sebagai hiburan malahan sebagai lambang kesantunan dan pemikiran Melayu harus dipupuk dalam kalangan para pelajar di sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.

“Pantun boleh dijadikan alat sebagai mendidik para pelajar selain memupuk kesedaran mereka untuk memelihara seni warisan bangsa yang tiada tolok bandingnya,” katanya.

Menurut beliau dalam pantun ada keindahan rima dan maksudnya di mana alam sebagai pembayang, manakala maksud menjurus kepada falsafah pemikiran manusia.

Diskusi berkenaan turut disertai oleh guru sastera SMK Taun Gusi dan beberapa guru Bahasa Melayu di sekolahsek­olah kebangsaan di Zon Utara Kota Belud.

Selepas slot diskusi, turut diadakan Program Cinta Buku siri ke-2 di mana para pelajar sekolah diperkenal­kan kepada salah seorang penulis Sabah iaitu Juri Durabi. Juri yang juga Naib Presiden BAHASA telah berkongsi pengalaman dalam penulisan novel terbarunya iaitu Aiman dan Ah Kiong (Novel Kanak-kanak).

Menurut Juri, novel

berkenaan boleh dijadikan panduan oleh para pelajar dalam memahami nilai kasih sayang dan perpaduan kaum di samping memupuk nilai murni bagi membina persahabat­an walaupun berbeza suku kaum.

Sementara itu, Mohamad Shahidan pula menggalakk­an para pelajar membaca kerana melalui membaca mereka dapat memperkaya­kan kosa kata.

“Orang yang membaca adalah orang yang berilmu

dan orang yang berilmu adalah orang yang berjaya. Sehubungan itu membaca dapat mempertaja­mkan minda dan dihormati oleh orang lain,” katanya sambil memperkena­lkan koleksi cerita kanak-kanak hasil tulisannya.

Hadir sama ialah Penasihat PSBS Ramli Jusoh yang bertindak sebagai moderator.

Program itu merupakan anjuran bersama DBP Kuala Lumpur dan PSBS.

“Pantun boleh dijadikan alat sebagai mendidik para pelajar selain memupuk kesedaran mereka untuk memelihara seni warisan bangsa yang tiada tolok bandingnya. ”

MOHAMAD SHAHIDAN Pegawai Perancang Bahasa,

Bahagian Penyelidik­an Sastera DBP Kuala Lumpur

 ??  ?? JURI (dua kanan) menyampaik­an 20 naskah novel kepada Norawi untuk pusat sumber SK Ulu Kukut sambil disaksikan Mohamad (dua kiri) dan Ramli Jusoh (kiri).
JURI (dua kanan) menyampaik­an 20 naskah novel kepada Norawi untuk pusat sumber SK Ulu Kukut sambil disaksikan Mohamad (dua kiri) dan Ramli Jusoh (kiri).
 ??  ?? JURI DurabI bersama dua orang pelajar Tahun 6 yang meminati novelnya.
JURI DurabI bersama dua orang pelajar Tahun 6 yang meminati novelnya.
 ??  ?? MOHAMAD merakamkan kenangan bersama para peserta diskusi pantun.
MOHAMAD merakamkan kenangan bersama para peserta diskusi pantun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia