Utusan Borneo (Sabah)

Puisi Minggu Ini

-

DETIK ITU BUKAN MIMPI

Pada detik itu kau berketik-ketik mata kubuka menjaga hati nyata di helain daun-daun kering di tebing laut kau bersumpah kulihat air matamu menitis jatuh membasahi harapan.

Jika kau tidak percaya bahawa detik itu bukan mimpi lembaran ombak kujadikan saksi tika mentari bertemu awan siapa lagi akan mengikat janji janji-janji kita di alun samudera.

Seketika kupejam mataku muncul indah sinar wajahmu mulanya dari ufuk pesona sehingga hilang batasnya kubiarkan usapan bayu untuk kupandangm­u sejenak.

NELSON DINO Kota Kinabalu, Sabah 6 Mac 2018

MENUAI BINTANG

Hatimu menebak dadaku ruang kosong ini beralih tenang seketika terlepas dari tubuh jangan cuba kau ulangi lagi.

Segumpal hatiku hancur diserang senja semalam aku menata langkah berkelana membuai rindu.

Kepuncak ragu kumendaki sendirian menatah denai memikat hati bukan senang seakan aku menuai bintang.

NELSON DINO Kota Kinabalu, Sabah 6 Mac 2018

GELAP MENANTI DI PINTU

Tidak kurela kau benam ke jurang menjunam kirap bak cahaya bulan mengajak aku berjalan pulang tika waktu diwarnai kelam.

Takutku muai di selit dada girang di hatiku pun punah tiada indah ucaptamaku kukarang menyambut malam memanggil jiwamu datang.

Malanglah akan nasibku sedang gelap menanti di pintu bintang kuharap beri cahaya merawat sinar bulan purnama pantas lara menjelma tiba.

Tiada lagi bayang berlagu selama ini kutunggu-tunggu sangku kala tiba masanya setiba jasadku di rumah kau masih kutemui di sana.

NELSON DINO Kota Kinabalu, Sabah 6 March 2018.

KASIH IBU

Suatu malam ibuku pernah bertanya anakku, kau bisa tidur tanpa ibumu? lantas tanpa jawapan aku hanya bisa menggeleng kerana, aku belum mengerti apa-apa pun jua butir kata yang langsung keluar dari mulut ibuku. Tiap kali baring, pasti ibu sudah berlagu, berdondang dan pelbagai bunyi laksana qasidah bikin aku lena. Terima kasih ibu paling indah lagu itu walau tanpa alunan daripada irama dunia.

Semerbak wangi tiap lagu ibu kini sayup hilang kala ibu lena panjang. Namun ibu tetap juaraku kerana dalam keringat masih punya waktu semarakkan kamarku.

Pun kini aku tiada pun dapat menandingi ibu yang pulangnya, penat sudah melingkar mau bersenandu­ng mau berqasidah mana mahu dibuang lelah mana pula mahu sembunyi keringat aduhai anak, tidurlah aplikasi banyak dalam telefon bimbitmu

Nah!

Nyanyian apa di sebalik kamar jika sibuk rutin ibumu tiada sudah kasih berlagu yang ibu beri seperti dulu nyanyian dalam kamar yang menjadi alas tiap tidurku.

FAUZIAH HJ.MOKSIN Kota Kinabalu 15.03.2018

RESAH

Resah amat berbaur pilu melankolik bunyi rindu semua kosa kata lesu ibarat pohon rendang tapi layu tampak saja gagah di situ tidak mengerti apapun kamu.

Di sudut cakerawala yang gersang mata gusar liar mencari peluang menjadi penghasut tika senggang tiada pun sedikit ruang walau antara lubang-lubang ciptaan pemikir terbilang tetap jua enggan pulang.

Kalaulah bisa kuputar saat itu di pinggiran tebing bambu pasti kupacak ikrar anak Melayu yang tak terhitung seteru namun masih kukuh bersatu demi melebarkan lafaz jitu anak-anak pewaris baharu.

FAUZIAH HJ.MOKSIN Kota Kinabalu 15.03.2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia