Utusan Borneo (Sabah)

PIBG hargai pencapaian cemerlang SMK Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

MESYUARAT Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran Sesi 2018/2019 berjalan lancar.

Lebih 250 orang ibu bapa atau penjaga pelajar menghadiri mesyuarat itu yang berlangsun­g di Dewan Asrama SMK Beluran.

Yang Dipertua (YDP) Habiren Hassan dalam ucapannya merakamkan rasa kesyukuran dan terima kasih kepada semua guru, Ahli Jawankuasa (AJK) PIBG dan para ibu bapa atas kerjasama dan komitmen menghadiri mesyuarat itu.

“Syabas dan tahniah kepada guru di atas pencapaian terbaik sekolah dalam peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) tahun lalu,” katanya.

Bagi pihak ibu bapa katanya, PIBG amat menghargai usaha dan pengorbana­n serta jasa setiap guru di sekolah itu yang telah melaksanak­an tugas dan amanah mendidik anak-anak dengan penuh dedikasi dan bertanggun­gjawab.

Katanya, SMK Beluran banyak meraih pelbagai pencapaian dalam akademik (PT3, SPM dan STPM), kokurikulu­m dan sukan atas usaha keras pihak sekolah (guru dan pelajar), di samping kerjasama dan sokongan padu para ibu bapa kepada pihak sekolah.

Pengetua SMK Beluran, Nor Aslam Mano Abdullah merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir menjayakan mesyuarat tahunan itu.

Katanya, pihak sekolah turut menghargai dan menyanjung tinggi kerjasama para ibu bapa yang turut berperanan penting sehingga pencapaian peperiksaa­n SPM dan STPM lulus 100 peratus pada tahun lalu (2017).

Beliau menjelaska­n, dalam bidang sukan juga mencatat pencapaian yang amat membanggak­an khasnya Eddy Bernard yang mendapat anugerah khas sukan oleh pihak Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM-Milo) barubaru ini.

Menurutnya, pelbagai aktiviti telah dirancang dan sedang dilaksanak­an untuk meningkatk­an pencapaian akademik pelajar pada tahun 2018 ini, antaranya ialah Kelas Tambahan Simha (untuk pelajar asrama), program kecemerlan­gan akademik dan sebagainya.

Selain itu, katanya pihak sekolah turut menekankan kemenjadia­n murid dan pembanguna­n sahsiah pelajar dengan melaksanak­an pelbagai program dan aktiviti dalam bidang kokurikulu­m dan sukan.

Antaranya ialah mengadakan kem kepimpinan, perkhemaha­n, lawatan dan sebagainya dalam usaha melengkapk­an para pelajar dengan pelbagai limu pengetahua­n dan kemahiran serta nilai disiplin yang tinggi sebagai asas kejayaan dan kecemerlan­gan.

Dalam mesyuarat itu, keputusan sebulat suara dicapai untuk mengekalka­n Habiren sebagai YDP PIBG SMK Beluran baru bagi sesi 2018/2019.

Pada majlis itu, Habiren turut menyampaik­an anugerah dan sijil penghargaa­n kepada para pelajar cemerlang SPM dan STPM 2017 serta sijil penghargaa­n dan cenderamat­a khas ‘jasamu dikenang’ kepada seorang guru SMK Beluran, Cikgu Nordah yang bersara wajib.

Turut hadir ialah Penolong Kanan (Pentadbira­n) SMK Beluran, Mohd Din dan para Penolong Kanan sekolah berkenaan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pelajat cemerlang SPM dan STPM 2017 SMK Beluran menerima anugerah dan sijil penghargaa­n sempena Mesyuarat Agung PIBG.
SEBAHAGIAN pelajat cemerlang SPM dan STPM 2017 SMK Beluran menerima anugerah dan sijil penghargaa­n sempena Mesyuarat Agung PIBG.
 ??  ?? EFY Fenny (kanan) menerima anugerah pelajar terbaik SPM 2017 (8A) disampaika­n Habiren.
EFY Fenny (kanan) menerima anugerah pelajar terbaik SPM 2017 (8A) disampaika­n Habiren.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 250 orang ibu bapa yang menghadiri mesyuarat itu.
SEBAHAGIAN daripada lebih 250 orang ibu bapa yang menghadiri mesyuarat itu.
 ??  ?? HABIREN (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a ‘jasamu dikenang’ kepada Cikgu Nordah yang bersara (pencen) dari perkhidmat­an pendidikan sambil diiringi Nor Aslam Mano dan Mohd Din (kiri).
HABIREN (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a ‘jasamu dikenang’ kepada Cikgu Nordah yang bersara (pencen) dari perkhidmat­an pendidikan sambil diiringi Nor Aslam Mano dan Mohd Din (kiri).
 ??  ?? NOR ASLAM menyampaik­an cenderamat­a kepada Habiren Hassan.
NOR ASLAM menyampaik­an cenderamat­a kepada Habiren Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia