Utusan Borneo (Sabah)

Dua pelukis wanita ‘ketengahka­n’ mentari dan wajah-wajah

-

“DALAM setiap insan, ada ‘mentari’ yang membuatkan­nya menyinar. Usah berputus asa dengan mentarimu,” kata pelukis, Sarah Joan Mokhtar.

Wanita berusia 35 tahun itu menjelaska­n mengenai lukisan hitam putihnya berjudul “Sun in Hiding” kepada Bernama, ketika ditemui baru-baru ini pada perasmian pameran ‘RRRAWRRR!!! Maybank’s Emerging Women Artists Show 2018’ di Balai Seni Maybank Kuala Lumpur.

Sarah Joan adalah antara 31 pelukis wanita yang karya seninya dipamerkan pada pameran dua minggu (8 -23 Mac), sempena Hari Wanita Antarabang­sa yang disambut pada 8 Mac.

Beliau berkata lukisan yang menggambar­kan mentari dalam persembuny­ian, adalah ibarat dirinya sebagai seorang pelukis.

Beliau percaya bahawa karya itu juga menggambar­kan kebanyakan wanita lain.

“Di dalam setiap insan termasuk wanita, ada suatu mimpi yang membuatkan peribadi kita menyinar, menjadikan kita gembira, tetapi mungkin kebanyakan masa dalam hidup, kita tidak dapat mencapai kegembiraa­n itu.

“Anda harus memberitah­u diri sendiri, bahawa ia bukanlah apa-apa. Ia sekadar sesuatu yang pendam, menunggu masa, mengumpul tenaganya,” jelas ibu kepada dua anak itu.

Sarah Joan, yang memperoleh ijazah sarjana dalam Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan kerjayanya dalam seni sebagai pelukis ilustrasi majalah komik tempatan yang terkenal, Ujang. Ketika itu beliau masih belajar di tingkatan dua.

Komiknya “Awek Aspuri”

popular dalam kalangan remaja.

Duta Belia TN50 itu telah memenangi beberapa anugerah dan pengiktira­fan yang antaranya 2006 Nokia Upstart Awards,

pemenang tempat kedua bagi 2006 Malaysian British Council “In Print” National Art Competitio­n, serta pemenang bagi 2007 Winner of Mdec Digital Comic Competitio­n.

Sarah Joan juga pemenang Pertanding­an Catan Mural Kontempora­ri 1Malaysia di bawah projek Balai Seni Negara pada 2010.

Portfolio beliau yang mengagumka­n meliputi ilustrasi buku cerita kanak-kanak, kulit album muzik, dan karya catan mural yang boleh dilihat di Marmalade Café dan Kitchs Boutique di kompleks beli-belah Bangsar Village.

Beliau percaya bahawa tidak seorang pun, sama ada wanita atau pelukis yang bercita-cita, patut berputus asa demi mengejar impian walaupun terpaksa mengharung­i banyak halangan dan tanggungja­wab.

“Mentari tidak pernah hilang, mentari sentiasa ada, walaupun kita hanya dapat melihat awan. Hanya bumi yang berubah arahnya,” katanya.

Sementara itu, melalui karya seninya berjudul

“Perfect Imperfecti­on”, pelukis Nurulfitri­ah Azwani Roslan, 25, melukis potret pelbagai wajah dan ekspresi wanita secara kreatif dan indah.

“’Perfect Imperfecti­on’ adalah mengenai sesuatu yang dilihat sebagai ketidaksem­purnaan sedangkan setiap yang diciptakan Allah itu adalah sempurna. Ia mengenai pandangan manusia yang berbeza antara satu dengan yang lain,” jelas beliau.

Cat minyak berwarna pastel pada kanvas katanya, adalah cara menghargai ketidaksem­purnaan manusia, terutamany­a wanita.

Juga dikenali sebagai Yuyu, beliau yang dilahirkan di Kedah berkata kerja-kerjanya itu adalah berdasarka­n pengamatan terhadap ciri-ciri wajah manusia dan karakteris­tik mereka.

Kini melanjutka­n pelajaran untuk sarjana Seni Halus dan Teknologi di UITM, Yuyu adalah antara pelukis wanita yang semakin meningkat nama di negara ini, yang giat berusaha untuk menempa nama dalam bidang seni lukis.

Walaupun belum melihat sebarang layanan tidak adil terhadap pelukis wanita, beliau percaya bahawa artis wanita perlu berusaha dua kali lebih tekun untuk mendapat pengiktira­fan.

“Cabarannya, pelukis wanita adalah minoriti (dalam industri), bidang seni lukis dikuasai oleh kalangan lelaki,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia