Utusan Borneo (Sabah)

Nandra seniman gigih, proaktif

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PELUKIS, penyair dan dramatis Nandrayana­tirow lebih dikenali berbanding dengan nama sebenarnya Nandra Hitong.

Dilahirkan pada tahun 1959, 1 Januari di Kampung Kulambai Kota Belud. Kini beliau tinggal di Kampung Kuala Abai salah sebuah perkampung­an nelayan pesisir pantai kira-kira 18 kilometer dari pekan Kota Belud.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kulambai dan menengah di SM. Arshad Kota Belud. Beliau sempat belajar di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang pada tahun 1985 dalam jurusan Seni kreatif. Sewaktu berada di Semenanjun­g, beliau sempat mengikuti kursus pendek di hujung minggu dalam teater kanak – kanak

(puppet show) di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selain menulis, beliau juga seorang aktivis teater. Titik mulanya beliau pernah bersama dengan Jamali Satari yang kebetulan seorang guru sastera yang bertugas di Sekolah Menengah Arshad, Kota Belud ketika itu. Kemudian beliau berhijrah ke Kota Kinabalu dan bergabung dengan Teater Nasional (TENA) di bawah pimpinan Musa Masran salah seorang aktivis teater Malaysia kelahiran dari kumpulan aktivis Anak Alam Kuala Lumpur.

Nandra seorang yang mempunyai berbagaiba­gai bakat di samping menghasilk­an beberapa buku antologi sajak serta membuat kompilasi Kamus Bajau Sama dan menulis cerpen. Oleh sebab minatnya mencuba beberapa disiplin seni, beliau juga terpanggil menghasilk­an karya seni halus terutamany­a lukisan dan doodle.

Pada mulanya, bakat beliau berkembang ketika mengikuti kuliah di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang melalui pendidikan yang diterima dari tokoh pendidik seni dan pelukis terkenal tanahair seperti Lim Eng Hooi, Chew Teng Beng,Ismail Abdullah, Ismail Hashim serta Piyadasa.

Hasilnya beliau gagah menghasilk­an karya dalam gaya abstrak namun gaya dan tekniknya berubah apabila beliau bertemu dengan pelukis Yusof Gajah yang membawa aliran lukisan Naif terkenal di Malaysia. Melalui tunjuk ajar dari Yusof Ismail atau Yusof Gajah, Nandra mula mengubah teknik lukisan yang mirip kepada aliran Naif yang sangat disenangi beliau kerana teknik yang sangat sesuai untuk menggambar­kan kehidupan dan pemandanga­n yang naturalis serta alami yang terdapat di negeri Sabah.

Aliran lukisan Naif bermaksud karya lukisan yang dihasilkan oleh pelukis yang tidak mempunyai latihan formal sebagai seorang pelukis yang tulen, umpamanya berguru, mempelajar­i anatomi, teori serta sejarah seni. Aliran ini dipelopori oleh Henri Rousseau seorang berbangsa Perancis yang menghasilk­an karya yang berbentuk primitif atau naif

Gaya seni lukis naif ini cepat merebak dan popular secara global oleh sebab kaedah melukis yang santai dan bebas sangat diminati oleh pelukis muda yang tidak mendapat pendidikan seni di kolej atau IPT. Salah seorang pelukis yang mula mengutarak­an karya naif di negara kita adalah Allahyarha­m Zulkefli Dahlan, Ali Mabuha dan Zulkefli Buyong.

Melalui pendedahan yang dibawa Yusof Gajah kepada Nandra, akhirnya beliau memberanik­an diri untuk menyertai pameran tempatan anjuran Balai Seni Lukis Sabah dan beberapa pertubuhan seni tempatan dan juga di Kuala Lumpur. Salah satu pameran yang membuka mata beliau adalah Pameran Folk Art Antarabang­sa bersama pelukis-pelukis dari Taiwan, Jepun, Cina, Bali Indonesia dan Kuala Lumpur dalam pameran sempena Sabah Internatio­nal Folklore Festival lewat tahun 2011 di Kota Kinabalu.

Selain itu beliau juga seorang penulis. Karyakarya­nya seperti puisi dan cerpen sering mengambil tempat di dada-dada akhbar tempatan seperti Utusan

Borneo, majalah Wadah dan Jendela terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Sabah dalam ruangan sastera. Beliau juga seorang penulis skrip drama pentas, tele-movie tempatan dan RTM.

Skrip teater Sambulayan­g telah mengangkat namanya sebagai pemenang (johan) dalam peraduan menulis skrip pentas tahun 2007 anjuran DBP cawangan Sabah. Beliau juga sering terlibat dengan beberapa syarikat production sebagai pelakon untuk siaran RTM, selain menjadi pengarah kepada beberapa buah telemovie tempatan. Beliau juga seorang aktivis bangsanya.

Kini beliau telah diamanahka­n oleh Persatuan Sama Sabah

( PSS ) memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan. Pendek kata, walaupun sibuk menguruska­n keluarga besarnya yang mempunyai lima belas orang anak, beliau tidak melupakan tanggungja­wabnya sebagai seorang seniman yang bertanggun­gjawab kepada seninya.

Disebabkan komitmen kepada seni telah membentuk beliau

sebagai seorang seniman profesiona­l yang gigih dan proaktif. Penulis berpeluang melawat studio terbuka beliau di rumahnya di Kampung Kuala Abai. Kedudukan rumah beliau yang juga studionya sangat sesuai memberikan ilham dan tenaga berkarya kerana lokasi yang sangat dekat dengan pantai, menggetark­an minda pelukis desa menghasilk­an karya yang lebih kepada bentuk lakaran dan juga doodle.

Jika diteliti karya Nandra, rata-rata menekankan kepada konsep naratif dan penceritaa­n yang kuat. Pengaruh teater kanakkanak yang didukungi beliau jelas kelihatan di setiap karya. Kebanyakan karya beliau memenuhi ruang permukaan kanvas oleh sebab sifat karya naif tidak melihat perspektif dari kaca mata lukisan pemandanga­n yang biasa. Ia harus dibaca dari bawah hingga ke atas sesebuah lukisan.

Kebanyakan hal benda yang dipilih dipadankan dari cerita folklore atau cerita rakyat yang popular di kawasan perkampung­an dan masyarakat tempatan. Sebagai contoh lukisan yang bertajuk Taman

Firdausi menggambar­kan kehidupan kampung yang serba aman dan harmoni dihuni oleh manusia dan juga berbagai-bagai jenis binatang walaupun kelihatan kumpulan kuda yang berlari dan bermain di setiap lokasi kampung tersebut, namun susunan serta komposisi yang bijak berjaya menggambar­kan setiap kampung dan laman mereka secara bersahaja

Objek yang disusun terletak bertingkat-tingkat kerana daerah tersebut terletak di kawasan pergununga­n yang mempunyai lurah dan puncak setiap kampung pesawah di daerah Kota Belud Sabah. Warna garang yang mentah disusun dan digandingk­an bagi menangkap mata khalayak agar tertumpu kepada satah kanvas dan dapat menikmati setiap lakaran serta gambaran yang dipaparkan beliau dalam setiap karyanya.

Setiap karya beliau umpama drama dan juga puisi di mana terdapat pengenalan dan permulaan, peringkat klimaks dan akhirnya menemu jalan penyelesai­an. Walaupun bentuk flora dan fauna digambarka­n secara ringkas dan grafik, namun usaha berbentuk ilustrasi sangat kuat dan matlamat tersebut tidak diabaikan oleh pelukis.

Justeru itu, pelukis desa seperti Nandra mempunyai ramai pengikut dalam kalangan pelukis muda kerana melalui suntikan kepelbagai­an disiplin pelukis dapat mengukuhka­n konsepsi serta idea yang sangat bersesuaia­n dan unik untuk dihidangka­n kepada masyarakat kerana karya aliran naif sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan.

 ??  ?? RUMAH Desa Ku. Akrilik. 2010.
RUMAH Desa Ku. Akrilik. 2010.
 ??  ?? NANDRA bersama keluarga di studio miliknya.
NANDRA bersama keluarga di studio miliknya.
 ??  ?? PELUKIS Nandra di studio alamnya.
PELUKIS Nandra di studio alamnya.
 ??  ?? TAMAN Firdausi. Bahan Campuran.
TAMAN Firdausi. Bahan Campuran.
 ??  ?? TAMAN Rimba. Akrilik.
TAMAN Rimba. Akrilik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia