Utusan Borneo (Sabah)

PRU14: Ahli jawatankua­sa KRT, SRS diminta lapor isu berlaku

-

SIBU: Ahli jawatankua­sa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) digesa menjadi mata dan telinga kerajaan melaporkan sebarang isu berlaku di kawasan mereka sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak Dirwana Azool menyatakan bahawa pihaknya menggunaka­n khidmat lebih 20,000 anggota KRT dan kira-kira 10,000 anggota SRS di seluruh negeri ini.

Untuk tujuan itu, JPNIN mewujudkan bilik gerakan di seluruh Sarawak mulai 20 April ini.

“Kami di peringkat negeri dan semua bahagian akan mewujudkan bilik gerakan termasuk di ibu pejabat JPNIN negeri. Ini kami lakukan setiap kali menjelang pilihan raya.

“Jadi, setiap isu yang mereka kesan berlaku dalam kawasan kampung atau kediaman, boleh terus hubungi bilik gerakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penangguha­n Program Pendidikan Keselamata­n Kejiranan dan Jom Ronda Sibu 2018 di Kampung Bahagia Jaya Teku, di sini baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Perpaduan Bahagian Sibu Siti Nurfatimah Hussen, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu DSP Chung Aik Peng, Pegawai Unit Keselamata­n Kejiranan JPNIN Sarawak Nurul Faizal Mohamad dan Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Edmund Clement Ingun.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada anggota RT dan SRS supaya berperanan sebagai orang tengah dalam melaporkan mana-mana isu berlaku di kawasan mereka.

“Saya sarankan mereka supaya sepanjang kempen dan sebelum kempen dan sehingga pilihan raya mengekalka­n status sebagai orang tengah.

“Laporkan sahaja kepada jabatan dan serah (isu) kepada agensi bertanggun­gjawab untuk menyelesai­kan isu berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia