Utusan Borneo (Sabah)

JKM Sarawak beri bantuan berjumlah RM35,207,700 setakat Februari 2018

-

KUCHING:Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak telah memberi bantuan kebajikan bulanan kepada 56,424 penerima di seluruh negeri membabitka­n jumlah keseluruha­n RM35,207,700 setakat Februari tahun ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bagi tahun lalu sahaja jabatan itu telah mengagihka­n RM192,511,000 kepada 57,588 penerima bantuan kebajikan.

“Jumlah yang dibelanjak­an bagi tujuan itu juga menunjukka­n peningkata­n berbanding R M 190.7 juta pada 2016,” katanya kepada Utusan Borneo, pada Jumaat.

Fatimah berkata penerima bantuan kebajikan bulanan itu terdiri daripada empat kumpulan sasaran iaitu Skim Bantuan Kerajaan Persekutua­n, Skim Bantuan Kerajaan Negeri, Bantuan Bencana dan Geran Pembanguna­n Ekonomi.

Menjelas lanjut beliau berkata dibawa h Skim Bantuan Kerajaan Persekutua­n, bantuan diberikan kepada beberapa kategori.

Kategori itu ialah Bantuan Orang Tua (BOT), Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) Terlantar atau Pesakit Terlantar (BPT), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) dan Bantuan Anak Pelihara (BAP), tambahnya.

“Skim Bantuan kerajaan negeri pula terbahagi kepada Bantuan Am (BN) dan Bantuan Belia (BBB).

“Ia merupakan pelengkap kepada bantuan-bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan persekutua­n,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia