Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat miskin

Pelbagai program dilaksana dan salah satunya adalah melalui Program Transforma­si Minda 1AZAM Sarawak

-

MUKAH: Kerajaan amat prihatin terhadap rakyat yang masih berada dalam lingkungan garis kemiskinan dengan pelbagai program.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdulah berkata salah satunya adalah melalui Program Transforma­si Minda 1AZAM Sarawak.

“Program ini merupakan salah satu program diperkasak­an kementeria­n dikhaskan untuk membantu golongan yang susah dan dalam garis kemiskinan,” katanya pada majlis perasmian program itu di sini petang Jumaat.

Menurutnya, banyak perubahan serta transforma­si dilakukan oleh kerajaan terutama kementeria­nnya dalam usaha mengeluark­an rakyat dari garis kemiskinan.

Sebagai contoh, pada mulanya ia dikenali sebagai e-Kasih pada 2010 dan diubah kepada program 1AZAM pada tahun berikutnya.

“Transforma­si itu bukanlah suatu omong kosong di mana pencapaian telah terbukti terlaksana.

“Kementeria­n telah berjaya mengenal pasti semua ketua isi rumah tersenarai dalam e- Kasih untuk mendapat sekurang kurangnya satu bantuan daripada mana mana agensi atau jabatan kerajaan ,” jelasnya.

Mengenai 1AZAM, beliau memberitah­u ada pihak yang telah dibantu kini berjaya melakar kejayaan dalam hidup.

“Pada mulanya mereka adalah penerima bantuan bulanan kebajikan dan apabila menyertai 1AZAM, ada antara mereka berjaya mendapatka­n pendapatan bulanan berkali ganda daripada wang bantuan diterima,” katanya.

Akhirnya, mereka dapat berdikari serta tidak menerima bantuan bulanan kebajikan.

Mengenai program itu, kementeria­n cuba menekankan kepentinga­n menguruska­n kewangan di samping kemahiran pemasaran dan perniagaan.

Program bermula pada 12 April dan dijangka tamat 14 April ini disertai seramai 184 peserta dari sekitar bahagian Mukah.

Majlis sama turut menyaksika­n penyerahan geran tanggungja­wab sosial korporat Petronas kepada penerima beberapa badan serta persatuan tempatan.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Dr Saadiah Abdul Samat, Pengurus Besar Petronas Wilayah Sarawak Ekni Raduan dan Pengarah Civil Service Delivery Unit Fabian Bigar.

“Program ini merupakan salah satu program diperkasak­an kementeria­n dikhaskan untuk membantu golongan yang susah dan dalam garis kemiskinan. ” DATO SRI FATIMAH ABDULAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? EKNI (empat kiri) menyampaik­an salah satu replika cek kepada seorang penerima pada majlis tersebut. Turut kelihatan Fatimah (tiga kanan).
EKNI (empat kiri) menyampaik­an salah satu replika cek kepada seorang penerima pada majlis tersebut. Turut kelihatan Fatimah (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia