Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki amuk, tembak kakak

-

MIRI: Polis menangkap seorang lelaki yang juga suspek utama dalam cubaan membunuh kakaknya sendiri di sebuah rumah di Taman Tunku di sini, malam Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah berkata, suspek berusia 36 tahun itu yang tidak bekerja, ditangkap sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri kira-kira jam 11.30 malam.

“Penangkapa­n suspek turut membawa kepada penemuan selaras senapang patah buatan sendiri dipercayai digunakan untuk menembak mangsa.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan selanjutny­a,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Lim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam kelmarin, mangsa, 46, mengalami kecederaan pada belakang bahu kiri akibat ditembak suspek.

Menurutnya, suspek menggunaka­n senapang patah dan peluru penabur untuk menembak mangsa.

“Sebelum kejadian, suspek dipercayai mengamuk sehingga sanggup memukul ahli keluargany­a.

“Kakaknya sempat berlari keluar dari rumah lalu suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa lalu mengenai belakangny­a,” katanya.

Jelasnya lagi, mangsa yang mengalami kecederaan kemudianny­a dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.

Selain itu, kesan tembakan itu turut mengenai sebuah kereta milik jiran mangsa yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah itu.

Menurutnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia