Utusan Borneo (Sabah)

Makan tengahari bersama Dee ‘Jangan Ketawa’ 24 April

-

RESTORAN Berputar Atmosphere 360 akan mengadakan Majlis Makan Tengah Hari Bersama Dee Jangan Ketawa di Dewan Banquet Megaview, Menara Kuala Lumpur pada 24 April nanti.

Menurut Pengurus Jualan dan Sokongan Atmosphere 360, Khairul Azhar Baharuddin, dengan bertemakan ‘Colourful Malaysia’, para tetamu bakal dihidangka­n pilihan terbaik melalui kombinasi citarasa makanan Malaysia dan makanan Barat hasil air tangan cef-cef Atmosphere 360.

Khairul Azhar juga memberitah­u sebahagian daripada hasil jualan majlis ini akan didermakan kepada Rumah Kebajikan Nur Hati.

Tetamu juga akan dihiburkan oleh pengacara dan pelawak Dee Jangan

Ketawa dalam segmen Sessi Soal Jawab Spontan dengan penampilan istimewa ‘Cik Timah’.

“Tetamu boleh tanya soalan sensitif kepada saya dan saya akan berikan hadiah kepada sesiapa yang menanyakan soalan.

“Semakin sensitif soalan yang ditanya, semakin besar hadiah yang akan diberi,” kata Dee semasa sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Penganjur juga menyediaka­n hadiah istimewa melalui acara cabutan bertuah yang mana hadiah yang disediakan termasuk penginapan dan pakej penuh lawatan ke

Bali untuk dua orang selama empat hari tiga malam bernilai RM2,000, komputer riba bernilai RM1,400, penginapan dan lawatan ke tempat terkenal di Pulau Langkawi untuk tiga hari dua malam bernilai RM900 serta baucar makan, lawatan dan lain-lain. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia