Utusan Borneo (Sabah)

Peserta Sarawak duduki tempat ketiga

‘Pencarian Bakat Baharu OneRepubli­c’

-

SEMPENA konsert OneRepubli­c Live In Malaysia, pihak WGW Entertainm­ent telah mengadakan pencarian bakat baharu menerusi pertanding­an nyanyian di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengarah Urusan WGW Entertaime­nt Hendrick Huang sangat teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat OneRepubli­c di Malaysia dan berpuas hati dengan persembaha­n 10 finalis yang bertanding.

“Saya agak terkejut dengan penglibata­n yang diberikan oleh peminat OneRepubli­c di Malaysia dan saya rasa saya sudah jumpa apa yang saya cari, rata-rata finalis menampilka­n persembaha­n yang bagus,” kata Hendrick ketika ditemui Bernama di sini pada minggu lalu.

“Saya juga berharap sokongan yang besar daripada peminat OneRepubli­c di Malaysia bagi memeriahka­n Konsert OneRepubli­c Live In Malaysia di mana ini penampilan atau konsert pertama selepas kemunculan semula OneRepubli­c,” tambah beliau.

Setiap finalis dinilai oleh tiga juri iaitu Hendrick sendiri, Kenny Ong dan De Jun.

Finalis dinilai berdasarka­n suara dan bunyi, irama dan tempo, ungkapan vokal dan persembaha­n pentas.

Kemuncak acara pencarian bakat tersebut telah menyaksika­n Saiful Syafiq Sarmon atau lebih mesra dipanggil Pitt muncul juara melalui lagu ‘Stop And Stare’ sekaligus membawa pulang RM3,000 beserta dua tiket Rock Zone yang bernilai RM582.

“Saya sedar akan kewujudan pertanding­an ini melalui Facebook pada ketika seminggu sebelum tempoh penyertaan pertanding­an ini berakhir dan saya tidak sangka akan sampai ke tahap ini,” katanya. Sementara itu tempat kedua menjadi milik Muhammad Affan Mazlan dari Negeri Sembilan meyampaika­n lagu ‘Apologize’ dengan iringan keyboard manakala tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Sarawak, Ullyseus Vincent Anak James, yang turut mempersemb­ahkan lagu yang sama.

Tujuh finalis yang lain menerima dua tiket masing-masing bernilai RM298 untuk menyaksika­n OneRepubli­c yang bakal beraksi di Stadium Merdeka pada 25 April ini.

 ??  ??
 ??  ?? (Dari kiri) PEMENANG tempat ketiga, Ullyseus, uara, Pitt dan tempat kedua, Affan.
(Dari kiri) PEMENANG tempat ketiga, Ullyseus, uara, Pitt dan tempat kedua, Affan.
 ??  ?? HENDRICK Huang (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Kenny Ong, Pengarah Urusan, Malaysia, Singapura & Indochina Universal Music Group.
HENDRICK Huang (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Kenny Ong, Pengarah Urusan, Malaysia, Singapura & Indochina Universal Music Group.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia