Utusan Borneo (Sabah)

Telemovie ‘Cik Keju Ikan Masin’ di TV1

-

SAKSIKAN kisah perbezaan darjat dan taraf hidup menjadi penghalang hubungan pasangan dan seterusnya mencetuska­n perbalahan yang berpanjang­an melatari telemovie bertajuk ‘Cik Keju Ikan Masin’, bersiaran pada 22 April ini, jam 10.05 pagi, menerusi slot Panggung Ahad.

Telemovie arahan Azhar Khalid ini menggandin­gkan Scha Al Yahya dan Nazim Othman yang mengisahka­n watak seorang gadis bandar bernama Nelya yang digelar ‘Cik Keju’ dengan jejaka berasal dari desa dikenali sebagai Reza atau dipanggil ‘Encik Ikan Masin’.

Kisahnya bermula apabila kedua pasangan yang mempunyai banyak perbezaan ibarat langit dan bumi ini telah bernikah tanpa wujud perasaan cinta dan sayang. Mereka terpaksa berkahwin atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Nelya dengan gaya hidup bandarnya berasa amat sukar untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan di desa. Termasukla­h cuba membiasaka­n diri makan makanan kampung dan melakukan aktiviti riadah seperti mandi sungai.

Cabaran disahut Reza untuk ‘membiasaka­n’ Nelya, anak bandar menjalani kehidupan kampung dan memperkena­lkan isterinya itu dengan kehidupan biasa yang dilaluinya sejak kecil.

Dengan perbezaan latar kehidupan seharian antara keduanya, mampukah mereka meneruskan hubungan yang terjalin? Atau terleraika­h ikatan yang baru terbina antara mereka?

Turut dibintangi pelakon Ann Abdullah, usah ketinggala­n menyaksika­n drama menarik penuh dengan adegan lucu mencuit hati ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? NAZIM Othman dan Scha Al Yahya.
NAZIM Othman dan Scha Al Yahya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia