Utusan Borneo (Sabah)

Kedah berjaya tewaskan Selangor 4-0

-

ALOR SETAR:Ketua Jurulatih Kedah Mohd Nidzam Adzha Yusoff menyifatka­n disiplin anak buahnya yang bermain mengikut arahan yang telah dirancang menjadi kunci kejayaan kepada pasukan itu menewaskan Selangor 4-0 di Stadium Darul Aman di sini malam Sabtu.

Pasukan Lang Merah bermula dengan baik apabila berjaya menjaringk­an gol pertama menerusi sepakan Mohd Syazwan Zainon disusuli gol kedua dan ketiga pada minit ke-45 dan dan 65 oleh Sandro Da Silva manakala gol keempat oleh Muhammad Akram Mahinan pada minit ke-83.

“Semua pemain bermain dengan baik dan mengikut segala arahan yang telah dirancang. Jaringan gol bukan sasaran yang kita letakkan tetapi empat jaringan yang berjaya membolosi gawang pasukan Selangor cukup menggembir­akan saya yang hanya harap pasukan berjaya mencatat kejayaan dengan tiga gol sahaja.

“Rehat panjang yang kita ada sebelum ini juga telah digunakan sebaik mungkin untuk memperkema­s barisan pertahanan dan corak permainan. Walaupun pemain tengah pasukan Liridon Krasniqi tidak bermain, pemain lain yang turun malam ini semuanya berkualiti,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Mohd Nidzam Adzha berkata hasil analisa dan penelitian terhadap corak permainan pasukan Selangor dalam perlawanan sebelum ini telah berjaya menyekat dan mengurangk­an langkah pasukan lawan yang mempunyai kekuatan dalam serangan pantas.

“Saya lihat kekuatan Selangor secara menyeluruh adalah pada serangan yang pantas selain pemain individu yang hebat iaitu Rufino Segovia Del Burgo dan Mohd Amri Yahyah sebab itu tumpuan yang lebih diberikan untuk memastikan pasukan kita dapat pertahanka­n gawang daripada dibolosi.

“Bagi perlawanan menentang Terengganu pada 27 April nanti kita akan cari pendekatan bagaimana hendak bermain di sana selain akan memperkema­skan lagi hantaran-hantaran pendek daripada pemain dan sementara menunggu tarikh perlawanan itu kita akan adakan perlawanan persahabat­an sebagai persiapan kepada pemain,” katanya.

Sementara itu, Andik Vermansyah berkata dia sedikit gentar untuk berdepan dengan bekas pasukannya itu namun gembira apabila Kedah berjaya melakar kemenangan besar yang sekali gus dapat membantu pasukan untuk berada di kedudukan yang lebih baik. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia