Utusan Borneo (Sabah)

PSG sedia rampas semula kejuaraan

Apabila berdepan juara bertahan Ligue 1, Monaco di laman sendiri

-

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) akan merampas semula kejuaraan Perancis jika mereka menewaskan juara bertahan yang kini menduduki tempat kedua dalam Ligue 1, Monaco, di stadium Parc des Princes pada malam ini (Ahad).

Kelab Paris yang dibiayai Qatar itu mendahului Monaco dengan kelebihan 14 mata dan baki enam perlawanan lagi, yang bermakna mereka berada di ambang kejuaraan kelima dalam enam musim, walaupun bermain selama lebih sebulan tanpa Neymar yang cedera.

Pemain Brazil itu berada di negara asalnya untuk pulih daripada pembedahan kaki dan PSG berharap untuk mendapatka­nnya semula sebelum akhir musim.

“Saya masih memerlukan masa sebulan lagi untuk pulih sepenuhnya,” kata Neymar kepada televisyen Brazil kelmarin.

Namun mereka dijangka akan menjadi juara lama sebelum sebarang tarikh kepulangan yang dijangkaka­n bagi pemain paling mahal di dunia itu, dan menewaskan Monaco adalah cara terbaik untuk menjamin kejuaraan.

Ia dicapai setahun selepas pasukan dari prinsipali­ti itu menamatkan musim di tempat teratas dengan kelebihan lapan mata ke atas PSG dalam kempen yang turut menyaksika­n mereka mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

“Menyedarib­ahawakamid­apat menjadi juara di tempat sendiri, menentang seteru utama kami pada musim ini dan pasukan yang menculik kejuaraan daripada kami pada musim lepas, adalah saat yang mengujakan,” kata pemain pertahanan Marquinhos kepada PSG TV.

Kempen PSG dibayangi kekalahan mereka kepada Real Madrid pada peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara, tetapi mereka di landasan untuk menyapu bersih piala-piala domestik.

Pasukan Unai Emery memiliki rekod 100 peratus di stadium sendiri dan jika mereka dapat mengekalka­nnya, mereka dijangka akan meraikan kejuaraan ketujuh dalam sejarah mereka pada malam ini.

PSG juga memenangi lima pertemuan terakhir mereka dengan pasukan Leonardo Jardim, termasuk kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Liga baru-baru ini, apabila Kylian Mbappe mengucar-kacirkan kelab lamanya.

Pemain pinjaman berusia 19 tahun itu akan menjadi pemain tetap dalam perjanjian bernilai 180 juta euro (RM864 juta) pada hujung musim ini, apabila PSG berharap untuk berbelanja sakan sekali lagi bagi membina semula serangan baharu ke atas Eropah.

PSG ada dua kebimbanga­n selepas pemain tengah utama Marco Verratti mencederak­an pangkal paha manakala penyerang Kylian Mbappe pula sakit.

“Marco sedang bekerja bersama doktor, kami tidak mahu ia berulang lagi dan Kylian tidak berlatih semalam kerana sakit perut,” kata jurulatih Unai Emery kelmarin.

 ?? - Gambar AFP ?? PEMAIN PSG sewaktu menjalani sesi latihan pasukan di Saint-Germain-en-Laye, barat Paris sebagai persediaan berdepan Monaco untuk perlawanan Ligue 1.
- Gambar AFP PEMAIN PSG sewaktu menjalani sesi latihan pasukan di Saint-Germain-en-Laye, barat Paris sebagai persediaan berdepan Monaco untuk perlawanan Ligue 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia