Utusan Borneo (Sabah)

SK Perancanga­n cipta sejarah

Muncul juara kali pertama Kejohanan Bola Jaring B12 MSSD Beluran 2018

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Perancanga­n muncul juara Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun (B12) Majlis Sukan SekolahSek­olah (MSS) 2018 peringkat daerah Beluran yang berlangsun­g di Padang SK Nangoh, 100 kilometer dari sini, barubaru ini.

SK Perancanga­n bimbingan jurulatih Nor Shazlin Mohammed (ketua), Sherfa Tokoh dan Dyanne Joan Ekol menjuarai kejohanan dengan menewaskan pasukan Pamol A (Gabungan SK Basai Baru dan SK Botition) 3 – 2 pada perlawanan akhir yang menarik dan mendebarka­n.

Tempat ketiga dimenangi pasukan tuan rumah dan pengelola kejohanan, SK Nangoh A yang menundukka­n pasukan Pamol B 3 – 1 pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Sementara itu, pemain lincah yang juga ketua pasukan SK Perancanga­n Nur Aimah Shafiqah Abd Latip yang bermain cemerlang pada kejohanan itu dipilih menerima anugerah pemain terbaik.

Mengulas kejayaan itu, ketua jurulatih pasukan SK Perancanga­n Nor Shazlin Mohammed berkata, ia kejuaraan kali pertama pasukan sekolah dalam kejohanan bola jaring di peringkat daerah dalam sukan MSS.

Bagaimanap­un katanya, sekolah itu pernah muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring Sukan Sekolah-sekolah Pedalaman (KSSP) peringkat daerah Beluran pada tahun 2016 dan seterusnya ke peringkat negeri di Beaufort.

Nor Shazlin berkata, pasukan SK Perancanga­n telah melakukan persiapan sejak awal tahun namun pihaknya hanya dapat mengadakan latihan intensif selama dua minggu sahaja sebelum kejohanan itu berlangsun­g.

“Kami target untuk masuk separuh akhir, tapi kejayaan muncul juara merupakan satu bonus dan pencapaian yang membanggak­an,” katanya sambil mengucapka­n terima kasih kepada Guru Besar SK Perancanga­n, Fatimah Awang dan Penolong Kanan Kokurikulu­m Ramli Ahmad yang sentiasa memberi galakan dan sokongan padu terhadap pasukan bola jaring sekolah itu.

Beliau berkata, pihak sekolah akan menjadikan permainan bola jaring sebagai sukan kebitaraan sekolah dengan adanya beberapa jurulatih (guru) dan padang sekolah yang luas, walaupun permainan itu baru dimulakan pada tahun 2014 di sekolah itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola yang juga Guru Besar SK Nangoh, Kasiman Haji Wiro berkata kejohanan itu mendapat sambutan yang amat menggalakk­an dengan penyertaan 13 pasukan.

Pasukan lain yang turut mengambil bahagian ialah SK Pekan, SK Sualok, SK Sungai Nafas, SK Golong, SK Lingkabau, SK Holy Cross, Pamol B dan juga pasukan SK Nangoh B yang ditampilka­n sebagai pasukan pelapis.

Katanya, jumlah penyertaan itu meningkat berbanding tahun lalu, manakala prestasi dan kualiti para pemain dan pasukan turut meningkat kerana semua pasukan (sekolah) telah melakukan persiapan lebih awal untuk menghadapi kejohanan itu.

Menurutnya, selain melaksanak­an aktiviti berdasarka­n takwim sukan MSS daerah, kejohanan itu merupakan medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili MSSD Beluran ke Kejohanan Bola Jaring B12 Peringkat Bahagian/Zon Sandakan yang akan diadakan pada 26 April depan dan dikelolaka­n oleh Unit Sukan, PPD Beluran.

Majlis perasmian kejohanan itu disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Haji Abd Hassan.

Dalam ucapannya, beliau menyeru para peserta bertanding dengan penuh semangat melawan dan semangat kesukanan yang tinggi dan bukannya tampil sebagai pasukan belasahan.

Katanya, dengan itu pihak sekolah dan guru-guru yang bertindak selaku jurulatih di sekolah perlu perancanga­n teratur dan latihan berterusan dalam masa jangka panjang untuk mempastika­n muridmurid (pemain) benar-benar menguasai kemahiran asas dan persefaham­an yang baik kerana bola jaring adalah permainan berpasukan dan bukan individu.

Dalam masa sama katanya, anak-anak murid perlu berusaha dan belajar bersungguh-sungguh demi kejayaan dan kecemerlan­gan akademik khasnya murid Tahun Enam, di samping bergiat aktif dan cergas dalam kegiatan sukan mahupun kokurikulu­m demi pembanguna­n sahsiah, disiplin dan pemantapan sosial.

Menurutnya, pihak sekolah juga boleh menetapkan sukan kebitaraan sekolah masingmasi­ng secara berfokus demi membentuk sekolah berwatak berdasarka­n kesesuaian dan kemampuan yang ada di sekolah masing-masing.

Mengulas lanjut, sebagai contoh katanya kejayaan SK Pamol Beluran bimbingan jurulatih Daus Sultan dalam membentuk pasukan hoki adalah amat membanggak­an kerana bukan sahaja muncul juara beberapa tahun di peringkat Bahagian Sandakan, malah beberapa pemainnya berjaya mewakili Sabah dan kebangsaan.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata murid-murid di kawasan Nangoh, Botition dan sekitarnya amat bertuah kerana bakal berpeluang melanjutka­n pelajaran sekolah menengah berhampira­n tempat tinggal mereka apabila projek pembinaan bangunan sekolah baharu – SMK Botition di Pekan Baru Botition siap kelak dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah yang juga Ketua Unit Pembanguna­n PPD Beluran Zainal Abidin Mahmud, Guru Besar SK Lingkabau Abd Hamid Abd Rahman dan para penolong kanan SK Nangoh serta guru-guru pengiring sekolah bertanding.

Majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan itu disempurna­kan oleh Kasiman yang juga Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar (MGB) daerah Beluran.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN SK Perancanga­n ceria meraikan kemenangan muncul juara Kejohanan Bola Jaring B12 MSS daerah Beluran 2018 bersama Nor Shazlin (duduk kiri).
PASUKAN SK Perancanga­n ceria meraikan kemenangan muncul juara Kejohanan Bola Jaring B12 MSS daerah Beluran 2018 bersama Nor Shazlin (duduk kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia