Utusan Borneo (Sabah)

Ricciardo curi perhatian dengan ungguli Grand Prix China

-

SHANGHAI, China: Pemandu Red Bull, Daniel Ricciardo mencuri perhatian apabila memenangi perlumbaan Grand Prix China dengan bergaya – melonjak dari kedudukan keenam ke tempat pertama selepas menukar tayar ketika Kereta Keselamata­n berada dalam litar.

Pemandu dari Australia itu, yang hanya melakukan sesi ujian masa kelayakan beberapa saat sebelum tamat sesi selepas kerosakan enjin, mendahului perlumbaan ketika berbaki 10 pusingan di Shanghai apabila memintas pendahulu perlumbaan ketika itu, Valtteri Bottas, yang akur di tempat kedua untuk pasukan Mercedes sementara Kimi Raikkonen dari Ferrari di tempat ketiga.

Pendahulu keseluruha­n kategori pemandu, Sebastian Vettel dari Ferrari, yang mendahului perlumbaan dari petak pertama sehingga hentian pertama untuk menukar tayar dan kemudian menamatkan perlumbaan di tempat kelapan selepas berlanggar dengan Max Verstappen dari Red Bull.

Verstappen juga didenda potong 10 saat kerana kesalahann­ya melanggar Vettel.

Juara bertahan, Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes, menamatkan perlumbaan di tempat kelima di belakang Verstappen tetapi dengan Verstappen dipotong 10 saat, Hamilton dinaikkan sebagai pemenang tempat keempat.

Ricciardo, yang gagal menamatkan perlumbaan di Bahrain kerana masalah mekanikal, berdepan dengan masalah pada minggu kedua berturut-turut apabila enjin keretanya berasap semasa sesi latihan bebas terakhir sebelum sesi ujian masa kelayakan pada hari Sabtu.

Pengurus pasukan Red Bull, Christian Horner berkata mereka memerlukan ‘keajaiban’ untuk membaiki enjin dua jam sebelum sesi ujian masa kelayakan bermula dan berjaya melakukann­ya pada saat akhir.

Ricciardo juga memuji mekanik pasukan di atas usaha yang mereka lakukan untuk membolehka­n beliau melakukan sesi ujian masa kelayakan.

“Sehari sebelum itu, saya fikir kami akan bermula di petak terakhir. Jadi pertama sekali saya mahu berterima kasih kepada pasukan (mekanik). Hari ini adalah ganjaran dari segala usaha mereka.”

Bagi Bottas, ya keputusan mengecewak­an selepas mendahului kedudukan pada satu ketika.

“Ia mengecewak­an. Kami memberikan segala-gala yang kami ada,” kata Bottas. “Saya merasakan kami seharusnya mencapai kemenangan tetapi malangnya bukan hari ini (Ahad).”

Vettel membayangk­an tempat ketiga perlumbaan pada pusingan ke-43 apabila Verstappen melanggar tepi kereta beliau pada satu selekoh, menyebabka­n kedua- dua pemandu terbabas dan kehilangan beberapa tempat perlumbaan.

Ia adalah minggu kedua berturut-turut di mana Verstappen terlibat dengan pelanggara­n di mana beliau berlanggar dengan Hamilton di Bahrain.

 ??  ?? RICCIARDO bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kemenangan­nya pada Grand Prix China di Shanghai, China semalam. — Gambar Reuters
RICCIARDO bersama trofi kejuaraan ketika meraikan kemenangan­nya pada Grand Prix China di Shanghai, China semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia